Mempersembahkan Snowball, seekor burung spesies Cockatoos. Ia suka mendengar muzik, malah jika  ia terdengar lagu nyanyian Micheal Jackson. Dia dengan segera membuka langkah dan mula menari! Sangat menghiburkan apabila dia mula berkelakuan seperti itu.

Burung Cockatoos dan burung kakak tua merupakan salah satu haiwan pelharaan kesayangan yang paling popular di dunia. Mereka dijadikan burung kesayangan atas sebab kerana mereka bijak, menawan dan boleh menjadi menyeronokkan.

Mereka dikenali kerana keupayaan mereka untuk meniru percakapan dan bunyi. Bukan itu sahaja, mereka berkebolehan untuk mengikuti irama muzik dan menari.

Anda pasti pernah melihat beberapa klip video, bahawa spesies burung jenis kakak tua boleh menari dengan irama lagu-lagu yang hebat.

Haiwan seperti mereka, sebaik sahaja irama muzik dimainkan mereka akan mula tergerak untuk menari. Dan video ini adalah satu contoh yang terbaik.

Era Baru

Share
Kategori: Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds