Memotong kuku anak kecil adalah tugas yang paling sukar buat ibu bapa. Biasanya anak-anak kecil mereka akan mengelak untuk dipotong kuku kerana ketakutan melihat penyepit yang tajam. Ada yang akan menangis sebelum kuku dipotong dan ada juga yang menangis sepanjang ‘proses’ tersebut. Mereka akan menarik tangan mereka sekuat mungkin supaya terlepas daripada ‘seksaan’ tersebut, jadi ibu bapalah yang perlu menarik dan memujuk mereka untuk memotong kuku mereka yang semakin panjang itu.

Tetapi lain pula yang berlaku pada si kecil ini. Dia nampaknya langsung tidak takut dengan gunting yang ada di tangan ayahnya.

Dia siap boleh ketawa melihat ayahnya yang cube memotong kukunya. Dia langsung tidak takut, menangis jauh sekali malah dia yang menakut-nakutkan ayahnya.

Melihat telatah lucunya si bapa juga tidak dapat menahan tawa, dia terus tergelak bersama anak kecilnya yang berani itu. Ketika bayi lain melarikan diri daripada kuku mereka dipotong si kecil ini pula dengan selamba boleh membuat lawak pula, memang melucukan!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Pesona Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds