Hampir 90 kg kubis bunga dikatakan telah digunakan untuk menyediakan sebuah hidangan buat kanak-kanak dan penduduk kampung. Resipi yang menarik ini dikatakan berasal dari Bangladesh dan mengandungi pelbagai jenis zat dan khasiat sayur-sayuran. Kubis-kubis bunga tersebut diambil terus dari kebun menjadikan hidangan tersebut dimasak dengan sayur yang segar. Apa yang berlaku seterusnya? Tonton video ini sehingga tamat dan lihat sendiri hasil sajian tersebut, nampak memang menyelerakan!

Jika tadi golongan lelaki yang mengambil sayur tersebut kini tiba masanya untuk golongan wanita memulakan kerja-kerja memasak. Mereka memulakannya dengan membersihkan kubis bunga tersebut beramai-ramai dan memotongnya kecil-kecil sebelum dibasuh.

Selepas itu api untuk memasak dihidupkan dan semua kubis bunga tadi direbus bersama sehingga lembut.

Dalam masa yang sama tepung dan serbuk cili dicampurkan untuk dijadikan tepung untuk menggoreng sayur tadi.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Kebudayaan Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds