Seorang remaja lelaki yang dimasukkan ke unit jagaan rapi neonatal (NICU) di sebuah hospital telah memutuskan untuk pergi semula ke tempat di mana beliau dan ibunya menerima rawatan. Pada 18 tahun yang lalu, Cathy Cicero telah selamat melahirkan bayi lelakinya, Zach, di Hospital St. Joseph, Chicago pada minggu ke-25 kehamilannya. Bayinya dilahirkan pramatang terpaksa ditempatkan di NICU selama 3 bulan setengah untuk menerima rawatan.

Zach reunites with Dr. Velamati who cared for him as an infant.Meet Dr. Velamati: www.presencehealth.org/dr-ramakrishna-velamati-md-pediatrics

Posted by Presence Saint Joseph Hospital – Chicago on Thursday, March 22, 2018

Ternyata tempoh 3 bulan setengah berkenaan tidak mudah untuk Cicero, tetapi dia walau bagaimanapun berjaya menguruskan diri dan bayi kesayangannya.

L to R: Jay Robinson, President of Presence Saint Joseph HospitalDr. Ramakrishna VelamatiZach and his MomNurse Cathy who cared for Zach as an infantNurse Manager Audre

Posted by Presence Saint Joseph Hospital – Chicago on Thursday, March 22, 2018

“Saya akan membaca dan memainkan muzik untuknya…Kami akan duduk di atas kerusi malas”, kata Cicero pada WLS.

Photos of Zach 18 years ago in neonatal intensive care, and Zach today visiting Presence Saint Joseph Hospital – Chicago.

Posted by Presence Saint Joseph Hospital – Chicago on Thursday, March 22, 2018

Zach akhirnya dikeluarkan daripada wad. Kini, setelah 18 tahun, Zach dilaporkan sihat dan merupakan seorang senior di Sekolah Tinggi St. Patrick.

ABC 7 Chicago

Zach sedang berusaha untuk menjadi ahli pengakap, di mana dia perlu melibatkan diri di dalam projek khidmat komuniti dan dia telah memutuskan untuk lakukan sesuatu yang ‘berharga’ untuk hospital yang pernah merawatnya ketika bayi. Dia dan rakannya telah membina 4 buah kerusi malas baharu dan mendermakannya kepada wad NICU di hospital berkenaan.

Zach, his family, and his eagle scout leader bring the donated rocking chairs to Presence Saint Joseph Hospital – Chicago.

Posted by Presence Saint Joseph Hospital – Chicago on Thursday, March 22, 2018

Ibunya menemannya untuk kembali semula ke hospital berkenaan bagi mendermakan kerusi yang telah dibina, dan ia telah mengembalikan memori sewaktu ibunya duduk di kerusi berkenaan 18 tahun yang lalu untuk membina ikatan bersama dengannya. “Saya mesti kembali semula ke sini dan membantu mereka yang telah membantu saya”, jelas Zach. Cicero berkata, ia seperti pulang semula ke ‘rumah’. Tanpa staf hospital, kami tidak akan seperti ini bersama Zachary.

ABC 7 Chicago

Setelah kerusi tersebut diletakkan di hospital itu, ia kemudian digunakan oleh seorang ibu yang baru sahaja bersalin, duduk bersama dengan bayinya.

A new mom and daughter get to enjoy Zach's gift to the Presence Saint Joseph Hospital – Chicago Neonatal Intensive Care Unit (NICU).

Posted by Presence Saint Joseph Hospital – Chicago on Thursday, March 22, 2018

Ternyata ia sama seperti apa yang dilakukan oleh Cicero kepada Zach. “Kejadian itu tidak berlaku tanpa kita sangka dan ia merupakan saat terindah di dalam hidup saya”, kata Zach.

Happy birthday, Zach!Our nurses and associates prepared a special birthday celebration for Zach to thank him for his generous gift.

Posted by Presence Saint Joseph Hospital – Chicago on Thursday, March 22, 2018

Staf hospital berkenaan mengadakan majlis sambutan hari lahir Zach yang ke-18, dan dia juga dikhabarkan akan memulakan pengajiannya di Universiti Concordia, Chicago pada tahun ini.

Saksikan video di bawah:

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds