Susulan pengumuman oleh kerajaan mengenai penetapan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus yang mula berkuat kuasa pada 1 Jun ini, pengeluar kenderaan mula mengatur langkah drastik dengan mengeluarkan senarai harga baharu kereta.

Harga baharu yang disenaraikan ini adalah enam peratus lebih rendah berbanding harga sebelumnya setelah ditolak dengan kadar GST.

Langkah ini dikatakan diambil bertujuan untuk memanfaatkan tempoh sifar cukai sebelum kerajaan memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dalam tempoh terdekat.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd merupakan antara pihak terawal yang membuat keputusan untuk mengumumkan harga baharu kenderaannya.

Menurut presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, K Ravindran, pelaksanaan harga baharu kenderaan ini adalah untuk memberi jaminan bahawa pelepasan dan faedah daripada struktur cukai baharu akan diteruskan sepenuhnya kepada pelanggan. Pada masa yang sama, sebarang semakan harga akan dipertimbangkan demi kepentingan para pelanggan.

Kredit: Moto Rev

“Semua model Toyota secara automatiknya menjadi lebih murah dan kami turut paparkan harga yang termasuk GST sebagai perbandingan”.

Di samping itu, sempena tarikh 1 Jun di mana GST akan dikenakan pada kadar 0%, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) turut mengumumkan harga terkini bagi kenderaan keluaran syarikatnya. Penetapan harga baharu ini akan dilancarkan pada 1 Jun dan kekal sehingga SST dilaksanakan semula.

Kredit: autoworld

Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM memaklumkan bahawa seluruh rakyat Malaysia wajar memanfaatkan peluang keemasan ini dan mempertimbangkan keputusan untuk membeli kenderaan daripada Volkswagen.

Sementara itu, syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) turut mengeluarkan kenyataan akan membayar semula GST sepenuhnya secara tunai kepada mana-mana pelanggan yang membeli kenderaan baharu Perodua atau membeli alat ganti.

“PERODUA akan membayar balik sepenuhnya kepada pelanggan jumlah GST secara tunai ketika pendaftaran atau servis kenderaan mereka serta pembelian alat ganti”.

Kredit: Drebar

Menurut Pengarah Urusan Perodua Slaes Sdn Bhd, Datuk Dr Zahari Husin, langkah ini akan dilakukan antara 18 Mei hingga 31 Mei 2018.

Sumber: Harian Metro

Era Baru

Share
Kategori: Automobil NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds