Setiap hari Selasa, kanak-kanak lelaki ini menunggu dengan makanan ringan untuk kawan-kawannya.

Crystal Marie Photography

Satu pagi Selasa, Kathleen Reynolds yang tinggal di Clinton, Mississippi, berada di luar dengan cucunya, Kyler, ketika syarikat pengurusan sampah datang untuk mengumpul sampah. Melihat baju Kathleen yang tertulis Alabama, salah seorang pekerja itu berteriak, “Roll Tide!”, sorakan untuk Alabama Crimson Tide.

Keluarga itu melambai-lambai dan mengangguk, dan Kathleen tidak memikirkan pasal itu sangat.

Tetapi pada hari Selasa berikutnya, Kyler yang berusia tiga tahun itu teruja melihat lori sampah tersebut datang untuk mengutip sampah lagi.

“Dia mula melambaikan tangan kepada pekerja syarikat pengurusan sampah tersebut dan mereka juga membalas melambaikan tangan,” jelas Kathleen. Kami membawa makanan kepada mereka dan mereka sangat menyukai Kyler. Apabila tiba di hadapan rumah, mereka akan mendukung Kyler dan melayannya. Mereka juga mengajar Kyler cara untuk mengendalikan trak sampah.”

Crystal Marie Photography

Sekarang, setiap hari Selasa, Kyler tidak sabar untuk membantu neneknya untuk membuang sampah supaya dia dapat berjumpa kawan-kawannya. Apabila trak tiba di sudut jalan, pemandu trak akan membunyikan hon dan Kyler ‘melompat-lompat’ tanda gembira dan teruja. Kyler juga akan memberikan ciuman kepada setiap pekerja tersebut. Sangat comel!

Crystal Marie Photography

Crystal Marie Photography

Tonton video di bawah!

Sumber: sunny skyz
Era Baru

Share
Kategori: Pesona Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds