INSPIRASI, Pesona, Ria

Perkara yang mengejutkan berlaku setahun selepas mereka menyelamatkan seekor anak tupai yang terjatuh daripada sarangnya

Perkara yang mengejutkan berlaku setahun selepas mereka menyelamatkan seekor anak tupai yang terjatuh daripada sarangnya

Pada hari yang sejuk dan berangin di Afrika Selatan, seekor anak tupai kecil jatuh daripada sarangnya yang berada di atas pokok. Simone Serfontein berada di rumah rakannya apabila kejadian itu berlaku. Tupai itu, yang kini dikenali sebagai Digetjie, menangis memanggil ibunya tetapi ibunya tidak kembali.

Simone Serfontein

Simone memutuskan untuk membawa Dingetjie ke rumahnya. Simone mahu membantu Dingetjie untuk bertahan hidup. “Apabila kami memegangnya, badannya sangat sejuk dan ia kelihatan sangat takut,” kata Simone. “Matanya masih tertutup… Kami membuatnya berasa selesa dan hangat, akhirnya ia berhenti menjerit.”

Simone Serfontein

Simone dan teman lelakinya Christof terpaksa melakukan banyak penyelidikan demi untuk memastikan mereka boleh membantu tupai kecil ini terus hidup. Serfontein terpaksa bangun beberapa kali pada waktu malam untuk memberi makan kepada tupai comel ini.

Simone Serfontein

Tetapi bukan hanya makanan dan kehangatan yang diperlukan oleh Dingetjie. “Ia sama sekali tidak suka berada dalam sangkar,” kata Simone. Serfontein membuat sarang kecil untuk Dingetjie dalam kotak kasut yang penuh dengan tisu. “Ia juga enggan tidur di dalam kotak kasut tersebut, malah memilih untuk tidur dengan saya.”

Simone, dengan jelas, mempunyai kehidupan sendiri dengan banyak komitmen dan tanggungjawab, tetapi dia tidak mahu mengetepikan Dingetjie, lalu Simone membawanya ke mana sahaja.

Simone Serfontein

Serfontein tahu bahawa ia adalah sementara kerana Dingetjie merupakan haiwan liar. Adalah salah dengan membiarkannya terkurung di dalam rumah. Simone tahu bahawa akhirnya, dia perlu mengucapkan selamat tinggal.

Simone Serfontein

Pasangan itu pergi ke taman dengan Dingetjie dan meletakkannya di rumput untuk melihat bagaimana ia akan berinteraksi. “Dingetjie lari ke arah pokok berdekatan dan naluri semula jadinya jelas kelihatan,” kata Simone. “Ia sangat mengagumkan dan sedih pada masa yang sama.” Walaupun sedih untuk Simone, dia tahu ia adalah yang terbaik untuk tupai itu kembali ke alam liar.

Simone Serfontein

Jika anda fikir cerita ini berakhir di sini, anda silap. Perkara mengejutkan berlaku apabila Dingetjie datang melawat mereka hampir setiap hari. Setiap kali ia berlaku, Simone menyangka ia akan menjadi kali terakhir.

Simone Serfontein

Rumah Simone dan Christof masih rumah kepada Dingetjie, dan ia suka melawat. Walaupun tupai itu tahu bagaimana membuat sarang, Serfontein akan sering menemui Dingetjie berada di atas katilnya. Ia tahu rumah ini tempat yang selamat dan hangat.”

Selama 6 bulan ini menjadi rutin yang normal. Tetapi Simone menyedari bahawa berat Dingetjie menigkat dengan mendadak, walaupun untuk tupai yang semakin membesar. “Kami tahu ia mengenali beberapa rakan tupai tetapi juga berfikir bahawa ia belum aktif secara seksual. Kami kemudian mendapati ia hamil. “

Simone Serfontein

Dingetjie berada dalam sarang kertas tandas kecil yang dibuat oleh Simone untuknya. “Kami terpaksa membantunya semasa kelahiran ketika ia tidur dan tidak mempunyai sebarang tenaga untuk menyelesaikan proses itu,” Malangnya, bayinya tidak selamat dilahirkan.

Simone Serfontein

Simone tidak fikir Dingetjie sudah bersedia untuk mempunyai anak kerana ia baru berusia sekitar 6 bulan ketika itu. Tetapi lebih daripada setahun kemudian, berat badan Dingetjie mula meningkat lagi. Dingetjie kembali ke rumah dan mula membina sarang lain daripada tisu tandas.

Simone Serfontein

Kali ini, ia berjaya! Dingetjie berjaya menjadi ibu kepada seekor tupai kecil betina yang sihat. Simone berada di sisinya sepanjang proses bersalin.

Simone Serfontein

“Dingetjie membenarkan kami melihat, menyentuh dan memegang bayinya.”

Simone Serfontein

Serfontein menghargai pengalamannya dengan Dingetjie dan anak sulungnya. Dia juga tidak tahu ini akan berlaku apabila dia menyelamatkan Dingetjie pada hampir 2 tahun yang lalu.

Sumber: happiest

Era Baru

Kategori:INSPIRASI Pesona Ria

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...