INSPIRASI, Keluarga, Kisah Inspirasi, Pesona, VIDEO

Pegawai polis bertembung ibu yang melambai cemas, pintu kereta dibuka apabila dilihat seorang bayi telah berhenti bernafas

Pegawai polis bertembung ibu yang melambai cemas, pintu kereta dibuka apabila dilihat seorang bayi telah berhenti bernafas

Apabila anda seorang penjawat awam yang berdedikasi, tugas tetap diteruskan walaupun masa bertugas telah tamat.

Penolong Sherif Jeremie Nix dari Jabatan Sherif Marion County, Florida dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat apabila bertembung dengan sebuah kereta yang dipandu dengan dipasang lampu kecemasan. Ketika itu Pegawai Jeremie sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat dari arah jalan bertentangan.

Seorang wanita telah membunyikan hon kereta dan melambai tangan kepada Pegawai Jeremie. Dengan segera Pegawai Jeremie telah berpatah balik dan mendapatkan wanita ini. Seorang wanita telah membuka pintu kereta dengan telefon di telinganya sambil memegang seorang bayi yang sudah terkulai seperti tidak lagi bernafas.

Kredit foto: Youtube

Pegawai Jeremie terus mengambil bayi itu daripada tangan ibunya, Nechole Cromwell. Sebelum itu, Nechole merasakan ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku kepada bayi lelakinya, Kingston yang menghadapi kesukaran bernafas. Dengan segera Nechole dan kakaknya telah memandu ke hospital dalam keadaan cemas. Keadaan trafik pada masa itu sedang sesak dan mereka memerlukan bantuan dengan segera. Dengan lampu kecemasan dinyalakan, kakak Nechole membunyikan hon kereta tanda mereka berada dalam situasi kecemasan.

Kredit foto: Youtube

Secara kebetulan, mereka terserempak dengan Pegawai Jeremie Nix yang telah membantu menyelamatkan bayi Kingston di tempat kejadian. Dari kamera di dalam kereta peronda, dilihat Pegawai Jeremie memberikan bantuan pernafasan kepada Kingston. Pegawai Jeremie berkata, “Kita boleh tahu bayi ini sudah tidak lagi bernafas. Ibunya terus menyerahkan bayinya kepada saya dan dia berkata, “Tolong! Jangan biarkan bayi saya mati.”

Kredit foto: Youtube

Pegawai Jeremy telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Kingston, tetapi bayi ini masih tidak bernafas. Dia tahu Kingston perlu digerakkan dengan segera ke hospital berdekatan. Walaupun meminta bantuan ambulans, Pegawai Jeremie telah mengambil keputusan untuk membawa Kingston sendiri ke hospital.

Kredit foto: Youtube

Kemudian, Pegawai Jeremy memberitahu pasukan paramedik dan kecemasan yang dia dalam perjalanan ke unit kecemasan hospital dengan membawa seorang bayi yang tidak lagi bernafas.

Kredit foto: Youtube

Katanya, “Kita tiada masa lagi. Bayi ini tidak ada masa untuk menunggu ambulans.”

Nechole dan kakaknya menaiki kereta dan mengekori kereta peronda Pegawai Jeremy Nix ke hospital, di mana pasukan perubatan telah menunggu bayi ini di unit trauma. Selepas beberapa ketika, Pegawai Jeremie Nix telah keluar dari unit trauma dan memberitahu Nechole bahawa Kingston telah sedar dan menangis.

Kredit foto: Youtube

Kata Nechole setelah melalui saat cemas itu, “Saya tahu apabila dia menangis, itu tandanya dia telah boleh bernafas. Saya menarik nafas lega dan mengumpul segala kekuatan untuk melihat anak saya. Saya berasa diberkati. Saya mengucapkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelamat anak saya. Sikapnya amat mengagumkan. Rasanya dia muncul tepat pada tempat dan masa yang sangat sesuai. Saya berasa amat bersyukur.”

Kredit foto: Facebook

Sepanjang pemeriksaan kesihatan ke atas Kingston, Pegawai Jeremie Nix telah berada di sisi Nechole. Pada malam itu, Pegawai Jeremie kembali lagi membawa isterinya melawat Kingston dan keluarga.

Kredit foto: Facebook

Pegawai Jeremie Nix berkata, “Sepanjang karier selama 17 tahun, pengalaman ini amat menakutkan, agak emosional dan memberi ganjaran yang amat memuaskan hati. Saya teringat akan doa memohon kepada Tuhan supaya saya sentiasa diletakkan di tempat dan masa yang sesuai, dengan sebab yang tepat.”

Kredit foto: Facebook

Keadaan Kingston semakin baik dan dia dijangka akan pulih seperti sedia kala, semua atas jasa dan ketangkasan Pegawai Jeremie Nix yang bertindak dengan segera. Bayi Kingston pasti akan mempunyai hubungan yang istimewa dengan Pegawai Jeremie Nix kelak. Mana tidaknya, jika tidak kerana ketangkasan pegawai ini, Kingston mungkin telah tiada. Perhubungan ini mungkin akan terjalin seumur hidup.

Lihat rakaman video saat mencemaskan ini di bawah:

Sumber: inspireMORE

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...