Tidak semestinya kita perlu membelanjakan banyak wang untuk hiasi rumah anda. Terdapat pelbagai idea kreatif yang dikongsikan di internet yang dapat anda ikuti. Anda boleh membuatnya sendiri di rumah sekaligus dapat menjimatkan wang.

Berikut adalah perkongsian oleh Puan Mastura Mohd Yusoff tentang cara membuat sofa kayu dengan sendiri di rumah.

Berikut adalah perkongsiannya:

Barang-barang yang perlu anda sediakan:

  • 2 buah kerusi meja makan yang sudah tidak digunakan lagi
  • 4 keping span – tebal 8mm
  • kain perca
  • skru
  • kayu panjang
  • plywood
  • spray

Langkah-langkahnya:

#1. Potong

Mula-mula, potongkan bahagian depan tempat duduk kedua-dua kerusi meja makan seperti dalam gambar di bawah.

#2. Cantum

Kemudian, cantumkan kedua-dua buah kerusi ini dengan meletakkan sebatang kayu dan dipakukan.

Saya tambahkan juga 3 batang lagi kayu melintang di bahagian tempat duduknya supaya lebih kukuh.

#3. Sesuaikan Ketinggian Penyandar

Kalau penyandarnya agak tinggi, boleh rendahkan sedikit dengan memotongnya. Kalau tak potong pun tak apa, asalkan anda selesa dengan ketinggiannya.

Saya potongkan hampir separuh daripada ketinggian asal.

Kemudian, saya ubahsuai sedikit dengan menggunakan semula kayu yang diambil daripada kerusi yang sama ini juga. Saya ambil kayu dari bahagian yang bertanda X di bawah.

#4. Pasang Papan 

Untuk tempat duduknya, saya gunakan sekeping plywood tebal.

#5. Pasang Span

Bila dah siap, kita bolehlah buatkan bahagian kusyennya.

Kalau nak senang, balutkan saja span yang telah dilapis-lapis dengan menggunakan kain perca. Bagi yang rajin, boleh buat lekuk-lekuk pada bahagian permukaannya. Skrukan saja. Kalau guna stapler pun lebih mudah.

Kemudian, tambahkan manik untuk menutup skru pada permukaan kusyen tadi.

#6. Spray

Akhir sekali, spraykan ikut warna kesukaan anda. Kalau warna kerusi tadi masih elok, tak perlu spraypun tak apa. Cukuplah dengan mengemaskan setiap hujungnya supaya tak ada yang tajam.

Siap!

Beginilah hasilnya.

Kreatif, jimat, mudah dan cantik!

Jadi, jika anda mempunyai kerusi meja makan yang tidak digunakan lagi anda boleh cuba idea kreatif ini.  

Sumber dan kredit: Puan Mastura Mohd Yusoff

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds