Tiada yang mudah dalam hidup ini. Jika kita mahukan sesuatu kita harus mencuba sedaya upaya untuk mendapatannya. Kita mungkin akan terjatuh berkali-kali tetapi jangan putus asa, bangkit dan teruskan berjalan. Memang tidak mudah tetapi hasil pada akhirnya sangat memuaskan hati, sesuatu yang sangat manis untuk dikenang kelak.

Mungkin itu yang mahu diajar oleh seekor ibu itik kepada anak-anaknya yang masih kecil. Jika mereka mahukan sesuatu mereka harus berusaha mendapatkannya, tiada yang mudah tetapi tiada juga yang mustahil. Mereka harus terus berusaha walapun sukar, walaupun menyebabkan mereka jatuh dan sakit.

Anak-anak itik ini terus berusaha untuk memanjat tangga yang lebih tinggi daripada mereka untuk mendapatkan ibu mereka yang sudah berada di atas. Mereka melompat, jatuh pula dan mereka terus berusaha sehingga mereka sampai ke atas.

Apa yang paling menarik ialah ibu itik tidak langsung meninggalkan anak-anaknya sehingga anaknya yang terakhir sampai kepadanya. Dia tetap di situ menanti dengan sabar kerana dia percaya anak kecilnya boleh melakukannya.

 

Era Baru

Share
Kategori: Pesona Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds