KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah pun melabuhkan tirai dan kerajaan baru telah pun dibentuk, diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad yang berusia 92 tahun mewakili Pakatan Harapan. Seperti yang kita sedia maklum, sejak merdeka, negara dipimpin oleh barisan pemimpin daripada Barisan Nasional dan ia merupakan kerajaan paling lama memerintah di dunia – selama 6 dekad!

Walau bagaimanapun, PRU14 menyaksikan pengundi Malaysia bukan sahaja menolak parti BN, malah melepasi jangkaan dan mengejutkan ahli politik secara keseluruhannya, lantas dengan tegas memberi mandat kepada pakatan Pakatan Harapan untuk menerajui pentadbiran negara. Kemenangan bersejarah Pakatan Harapan sangat luar biasa kerana beberapa faktor. Salah satu sebab utama ialah “10 Janji 100 Hari” (10 Janji dalam 100 Hari), di mana mereka berjanji akan merealisasikan manifesto gabungan itu yang telah dibuat pada 8 Mac 2018.

Pakatan Harapan

Baru sahaja beberapa hari bekerja, nampaknya kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjaya menunaikan antara janji yang terkandung di dalam manifesto mereka. Antara yang mendapat perhatian adalah pemansuhan cukai barang dan perkhidmatan atau dikenali sebagai GST. Walaupun tidak dimansuhkan secara teknikal, Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dari 6% semasa, akan berkadar sifar (0%) bermula 1 Jun.

REUTERS/Lai Seng Sin

Mengikut pernyataan rasmi Kementerian Kewangan pada 16 Mei, pengurangan kadar GST akan dilaksanakan di seluruh negara sehingga pengumuman selanjutnya dibuat. Walau bagaimanapun, untuk mengurangkan kekurangan pendapatan daripada GST, Kementerian Kewangan memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), sebagai sebahagian daripada inisiatif pembaharuan fiskalnya.

Selain itu, janji kedua adalah untuk menstabilkan harga minyak. Pada 16 Mei, perdana menteri mengumumkan bahawa tidak akan ada lagi turun naik harga bahan api kerana ia akan disandarkan kepada harga sekarang. Pada masa ini, satu liter RON95 ialah RM2.20, RON97 ialah RM2.47, Diesel RM2.18, dan Euro 5 Diesel ialah RM2.28. Tambah beliau lagi, jika harga tetap tidak mencukupi, pihak kerajaan bersedia untuk memberikan subsidi.

Wanista

Janji ketiga pihak Pakatan Harapan kepada rakyat adalah untuk untuk menyiasat skandal ‘pencerobohan’ institusi kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Buat pertama kali, pada 17 Mei, satu jawatankuasa khas dibentuk bagi menyiasat skandal 1MDB. Beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan skandal berkenaan termasuklah bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy telah pun disenarai hitam untuk ke luar negara oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Sepasukan polis khas juga telah ditugaskan untuk menyerbu kediaman Datuk Seri Najib pada malam 16 Mei lalu.

Menurut NST, 15 buah kereta polis dan sebuah trak Black Maria telah dilihat memasuki kawasan kediaman bekas perdana menteri itu pada pukul 10.15 malam sejurus sahaja Najib pulang ke rumah daripada masjid berdekatan.

Selain daripada itu juga, Tun Dr Mahathir telah membentuk ‘Council of Elders’ yang dikenali sebagai Pasukan Orang Cemerlang, untuk menasihati Pakatan Harapan untuk 100 hari pada 12 Mei.

Apa yang mengagumkan adalah, walaupun kerajaan baru sahaja dibentuk, pasukan ini telah pun memulakan pertemuan pertama mereka pada lewat malam.

Pasukan berkenaan akan menasihati kerajaan untuk 100 hari bagi memastikan Pakatan Harapan berjaya merealisasikan janji mereka kepada rakyat. Kemudian, pasukan ini menubuhkan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) dan telah ditugaskan untuk mengkaji keadaan institusi dan undang-undang utama yang ada sekarang, dan mencadangkan tindakan yang perlu untuk memastikan pembaharuan ekonomi disertai dengan pembaharuan institusi.

Bernama via Malay Mail

IRC akan akan mengkaji institusi utama seperti Jabatan Peguam Negara (AGC), Badan Kehakiman, Pasukan Polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ianya perlu dilakukan dalam tempoh 60 hari. Antara janji lain yang berjaya dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir adalah mendapatkan pengampunan penuh buat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Yang di-Pertuan Agong. Pemimpin PKR tersebut telah dibebaskan pada 16 Mei yang lalu.

Bhavan Jaipragas/Twitter

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds