NASIONAL

Tiada ketuhar untuk membakar piza? Jangan risau, kami akan kongsikan tips membakar piza tanpa menggunakan ketuhar

Piza memang sedap dimakan dan semestinya menjadi kegemaran seisi keluarga, tambah-tambah lagi buat anak-anak muda. Namun, kos membeli piza agak mahal dan sebaiknya kita membuatnya sendiri di rumah. Tambahan pula, kita boleh meletakkan apa jenis perasa mengikut pilihan kita sendiri. Di sini, kami kongsikan video untuk memasak piza tanpa menggunakan ketuhar bersama resipi membuat piza!

Namun, tidak semua isi rumah mempunyai sebuah ketuhar untuk membakar piza.

Jangan risau! Kami akan kongsikan tips untuk membakar piza tanpa menggunakan ketuhar.

Rahsianya? Gunakan sebuah kuali dan juga api yang perlahan. Anda boleh memasak doh terlebih dahulu sebelum meletakkan sos bagi memastikan doh benar-benar masak. Kemudiannya, tutupkan sahaja kuali menggunakan penutup supaya semua keju dan daging masak dengan rata. Mudah bukan?

Nikmatilah bersama-sama!

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...