Tidak semua orang mendapat pengalaman untuk berinteraksi dengan haiwan secara dekat terutama haiwan liar yang biasanya hanya boleh ditemui di zoo. Jadi, pengalaman berkomunikasi dengan haiwan liar yang ditemui ditepi jalan adalah sesuatu yang sangat menakjubkan lebih-lebih lagi haiwan yang biasa tinggal di alam liar tersebut dilihat agak jinak dan mudah didekati.

Itulah yang dialami oleh seorang lelaki apabila dia didatangi seekor rusa ketika dia sedang berjalan. Apa yang lebih menarik rusa itu mendekatinya kerana dia merasakan ada sesuatu pada lelaki itu yang dia mahukan.

Pada mulanya lelaki itu berpura-pura tidak faham apa yang dimahukan oleh rusa itu tetapi rusa tersebut seolah-olah terus ‘memujuk’ lelaki itu untuk memberikan apa yang dia mahukan.

Akhirnya rusa itu berjaya juga apabila lelaki itu memberikannya sandwic yang ada di dalam poket seluarnya. Kejadian yang berlaku di Tasik Fawn Pennsylvania ini sangat menarik kerana ia menunjukkan bahawa haiwan yang tinggal di alam liar juga adakalanya manja dengan manusia.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Pesona Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds