Ria, VIDEO

Reaksi lucu apabila keluarga ini mendapati anak mereka mengenakan alat solek secara curi-curi, malah menafikannya!

Gadis kecil ini menggunakan alat solekan ibunya tanpa izin. Reaksinya benar-benar comel apabila dia cuba untuk menafikannya seperti dalam paparan video ini. Gadis kecil comel ini menemui alat solek ibunya dan memutuskan untuk mencubanya sendiri.

Ibunya mengetahuinya dengan kesan alat solek pada tangannya dan dia menafikan kesalahannya. Tambah comel lagi ketika dia menafikan mengenakan solekan, walaupun secara terang-terang wajahnya dipenuhi oleh alat solek.

Tetapi ibunya tidak memarahinya dan gadis kecil yang comel ini dengan jelas menyukai ibunya. Dia menganggap ibunya sebagai sumber inspirasinya lalu mengenakan alat solek untuk menjadi seperti ibunya.

Gadis kecil yang belajar mengenakan alat solek adalah tidak ternilai. Jika dia terus mengikuti langkah ibunya, nescaya gadis kecil ini boleh menjadi berjaya diawal usia sebagai jurusolek yang berpengaruh.

Era Baru

Kategori:Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...