Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan pengakhiran tampuk pemerintahan oleh Barisan Nasional yang telah pun mentadbir Malaysia sejak merdeka lagi. Hal ini bertitik tolak dengan kebangkitan Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kemunculan untuk terlibat semula di dalam arena politik tanah air.

Beliau yang mengetuai Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi hati rakyat menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Malaysia sekaligus menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Facebook Mahathir Mohamad

Setelah hampir 15 tahun meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri yang ke-4 pada 2003, kini sekali lagi beliau mengangkat sumpah untuk menjadi Perdana Menteri pada 10 Mei lalu ketika berusia 92 tahun!

Beliau juga dinobatkan sebagai pemimpin yang tertua di dunia. Hal ini dapat dibuktikan pada rekod Guinness World pada 11 Mei di mana Tun berusia 92 tahun 141 hari ketika mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7.

Tahap kesihatan yang baik membuatkan beliau berjaya bangkit semula di dalam arena politik meskipun usianya sudah lanjut. Jadi, apakah rahsia beliau ya? Jawapannya terdapat pada satu gambar yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi gambar tersebut, kita dapat lihat Tun sedang duduk bersama dengan isteri kesayangannya, Tun Dr. Siti Hasmah di meja makan sebelum menjamu selera. Sekali lihat, tiada apa yang lain namun jika diperhatikan, anda akan nampak jumlah kuantiti nasi yang terdapat di dalam pinggan beliau.

Facebook Cempedak Cheese

Gambar berkenaan menyebabkan ramai netizen bertindak berkongsi pendapat mereka tentang diet yang diamalkan oleh Tun. Namun sebenarnya, gambar yang tular tersebut bukanlah gambar terkini. Ia dikongsi oleh anak perempuan pasangan itu, Datin Paduka Marina Mahathir pada 3 tahun yang lalu selepas berita Tun demam dan sakit dada.

Hello all! Sorry for the long silence but am at a kind of retreat.Thank you for the kind messages about Dad. He is…

Posted by Marina Mahathir on Tuesday, October 13, 2015

Gambar berkenaan berjaya menarik perhatian orang ramai berkaitan dengan amalan pemakanan dan hal ini membuatkan Marina menulis komen,”Saya tidak menyedari bahawa gambar itu akan memberi inspirasi kepada anda semua untuk makan lebih sihat!”

Sebelum ini, Tun pernah juga berkongsi cara beliau menjalani gaya hidup yang sihat. “Ramai yang tanya saya bagaimana saya berjaya bertahan selama ini, ia terletak pada) perkara-perkara yang mudah… jangan terlalu banyak makan, jangan makan terlalu banyak,” katanya yang ketika itu berusia 88 tahun.

“Ketika saya ditanya tentang kesihatan saya, saya tidak merokok, saya tidak minum (alkohol), saya bersederhana ketika makan, tidak kira betapa lazatnya makanan itu.”

Selain itu, Tun turut berpegang teguh kepada pesanan ibunya di mana beliau sering diberitahu agar berhenti makan sekiranya makanan itu enak. Menurut laporan Bloomberg baru-baru ini ada mendedahkan amalan sihat Tun seperti bangun pada jam 6.30 pagi setiap hari, berjalan kaki, berbasikal, dan menunggang kuda. Tun juga sentiasa mengamalkan latihan mental seperti yang beliau katakan, “Baca dan tulis. Latih otak anda.”

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds