Banyak kejadian pelik yang berlaku di sekeliling kita setiap hari sehingga adakalanya membuatkan kita terfikir bagaimana semua itu boleh berlaku. Namun tidak semua persoalan mengenai kejadian tersebut terjawab yang mana akhirnya ia tergantung sepi seperti itu sahaja.

Itulah yang berlaku kepada seekor jerung apabila ia didapati terdampar di sebuah pantai. Ramai orang yang melihatnya sebagai perkara yang aneh kerana hidupan laut liar tersebut tidak seharusnya berada di pesisiran pantai seperti itu.

Tiada siapa yang tahu apa yang telah terjadi sebenarnya namun mereka sedar bahawa jerung itu harus diselamatkan dan dikembalikan ke laut semula.

Untuk tujuan itu, seorang lelaki telah memberanikan diri untuk menyelamatkan jerung tersebut. Dia terus menarik ekor jerung itu untuk dikembalikan ke laut.

Apabila ombak memukul ke pantai, jerung itu kelihatan seperti hilang arah dan berenang semula ke pesisiran pantai. Lalu lelaki itu mencuba untuk menolong jerung tersebut kembali ke laut.

Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya jerung itu berjaya berenang ke tengah laut. Mujurlah ia sempat diselamatkan, jika tidak mungkin ia sudah mati di pesisiran pantai tersebut.


Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds