Tidak semua orang beruntung mempunyai kehidupan yang sempurna atau hidup dalam kemewahan serta memiliki kewangan keluarga yang stabil. Ada antara kita yang masih bergelut untuk hidup setiap hari sehingga ada yang perlu mengorbankan segala kehendak mereka semata-mata untuk terus hidup.

Ada juga yang terpaksa menjual harta atau barang berharga milik mereka ketika ditimpa masalah kewangan. Barang-barang mewah terpaksa dijual demi meneruskan kehidupan walaupun hakikatnya mereka sayang akan barangan tersebut dek kerana nilai yang ada, namun mahu atau tidak mereka harus mengorbankannya.

Itulah yang berlaku kepada sebuah keluarga di Timur Tengah apabila mereka terpaksa menjual barang kemas yang mereka miliki kerana kesempitan hidup yang sedang mereka alami.

Mereka akhirnya memutuskan untuk menjual barangan kemas tersebut di sebuah kedai emas namun tidak sangka lain pula yang berlaku di situ. Setelah menceritakan sebab mengapa mereka perlu menjual barang kemas tersebut, ini yang dilakukan oleh pemilik kedai emas tersebut. Agaknya apa yang dilakukan lelaki tersebut kepada keluarga ini?

Era Baru

Share
Kategori: Pesona Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds