Ada adiwira yang dicipta seperti dalam filem-filem aksi, namun ada juga manusia yang dilahirkan untuk menjadi seorang adiwira apabila sudah dewasa kelak!

Bayi bernama Natalie Jackson ini pasti akan membuatkan sesiapa sahaja yang berada di jalan untuk melihatnya lebih daripada dua kali. Hal ini demikian kerana Natalie bukan sahaja seorang bayi yang comel tetapi dikurniakan dengan tanda lahir yang amat unik serta luar biasa.

Kredit foto: Facebook

Dilahirkan dengan tanda lahir hitam yang memenuhi hampir suku daripada wajahnya, keadaan fizikal bayi ini sememangnya layak untuk diberikan gelaran ‘topeng adiwira’.

Kredit foto: Facebook

Sewaktu Natalie dilahirkan, tiada sebarang komplikasi berlaku dan doktor mengesahkan Natalie sebagai bayi yang sihat dan sempurna. Pada awalnya, ibunya iaitu Lacey Jackson menyangkakan tanda lahir tersebut sebagai kesan lebam.

“Mendengar rengekan pertamanya adalah detik yang istimewa. Kemudian saya melihat tanda hitam yang besar pada bahagian kiri wajahnya. Natalie adalah bayi yang sangat cantik tetapi kesan tersebut kelihatan seperti lebam dan saya sangat bimbang jika ianya terjadi disebabkan oleh apa yang telah saya lakukan semasa mengandung”.

Kredit foto: Facebook

Pihak hospital memeriksa Natalie dan mengesahkan ianya adalah tanda lahirnya. Lacey mengaku bahawa dia dan suaminya, Andrew agak panik sewaktu pertama kali melihat wajah Natalie. Namun setelah dimaklumkan ianya sekadar tanda lahir serta tidak akan membawa sebarang kemudaratan, mereka mulai berasa tenang.

Kredit foto: Facebook

Lebih bagus lagi, Lacey dan Andrew mengambil kata sepakat untuk tidak melakukan sebarang pembedahan bagi membuang tanda lahir tersebut. Malah, mereka turut berharap agar masyarakat mampu menerima keadaan Natalie seadanya.

“Kami sedar dia akan menghadapi kesukaran namun tanda lahirnya itu melambangkan bahawa dia akan kekal tabah walau apa jua cabaran dalam kehidupan ini,” tambah Lacey.

Kredit foto: Facebook

“Kami akan sentiasa memberitahunya bahawa ia (tanda lahir) adalah sebahagian daripada dirinya. Orang akan tahu betapa istimewanya Natalie kerana mempunyai tanda lahir itu”.

Sumber: inspireMORE

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI Keluarga

Video Popular

Ad will display in 09 seconds