Keluarga, Kisah Inspirasi, VIDEO

Kakaknya bermain gitar dan adik istimewanya pula mencuri hati penonton

Paparan video yang indah dengan penyanyi dan penulis lagu yang bernama Leah Kirwan dan adik bongsu istimewanya Noah. Rakaman video mereka berdua telah menakluki serata internet hasil lagu duetnya yang pasti tidak akan dilupakan selama-lamanya.

Leah dan adiknya yang dilahirkan dengan sindrom kurang upaya,. Mereka duduk bersama sambil menyanyikan lagu “Titanium”, dan hasilnya adalah detik yang tidak dapat dilupakan.

Leah menjelaskan bahawa adik bongsunya menghidapi sindrom kurang upaya bukan sesuatu yang menyedihkan.

Dia menjelaskan bahawa rakaman video itu untuk membuktikan bahawa jika seseorang dilahirkan dengan sindrom kurang upaya, jangan sesekali berasa sedih. Sebab mereka juga manusia biasa, malah lebih istimewa hadir dalam hidup kta.

Leah juga mengatakan, itu adalah sesuatu yang harus dinikmati bersama. Malah Noah juga telah mengajar sesuatu perkara penting dalam hidup Leah, iaitu kena sentiasa ceria dan positif dalam hidup.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...