Setiap orang mempunyai makanan kegemaran yang tersendiri. Ada yang suka makan makanan tempatan, ada juga yang suka makanan luar negara dan ada juga yang lebih suka makanan yang ringkas tetapi sihat seperti buah-buhan dan sayur-sayuran. Dengan buah-buahan dan sayur-sayuran mereka boleh memasak pelbagai jenis menu yang sihat dan cukup vitamin membuatkan mereka kekal bertenaga.

Bukan hanya kita yang suka makan buah-buahan atau sayur-sayuran, malah haiwan juga sangat suka akan buah-buahan terutamanya haiwan herbivor yang sememangnya makan tumbuh-tumbuhan. Mereka hidup di dalam hutan dan bergantung kepada hasil hutan untuk meneruskan hidup. Oleh itu, tidak hairanlah jika semua jenis buah menjadi kesukaan mereka.

Nampaknya seekor landak bernama Teddy ini juga begitu. Ia benar-benar suka dengan jagung yang diberikan kepadanya. Bukan main berselera ia makan jagung yang ada di tangannya dan sedikit pun tidak menoleh kiri dan kanan. Ternyata apa yang ia mahukan hanyalah jagungnya sahaja!

Apa yang lebih lucu lagi ialah ketika seorang wanita cuba mengusiknya dengan cubaan mengambil jagung tersebut daripada tangannya. Teddy mencengkam dengan kuat jagung tersebut daripada diambil wanita tersebut. Nampaknya Teddy memang tidak mahu berkongsi jagung itu dengan sesiapa pun!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Pesona Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds