Tina Stoilova yang berasal dari Sydney, Australia adalah seorang ibu kepada empat orang anak yang bekerja keras siang dan malam di sebuah pasaraya di Roseland untuk menyara keluarganya. Sehinggakan  ketibaan Hari Ibu tidak dapat disambut bersama anak-anaknya. Tambahan daripada itu, anak perempuan Tina, Donna telah berpindah ke Amerika Syarikat sejak 12 bulan yang lalu, dan Tina tidak pernah bersua dengannya sejak itu.

Kredit foto: Facebook

Hubungan Tina dan Donna sangat rapat, jadi perpisahan itu amat sukar. Oleh kerana perjalanan merentas benua untuk bertemu itu amat mahal, ibu dan anak ini hanya berkomunikasi melalui telefon dan e-mel.

Kredit foto: Facebook

Tanpa diketahui oleh Tina, Donna telah menghubungi hos rancangan radio terkenal Kiis FM Sydney, Kyle Sandilands dan Jackie ‘O’ Henderson untuk membuat satu kejutan buat ibunya.

Kredit foto: Facebook / Kyle and Jackie ‘O’

Kyle dan Jackie ‘O’ mengendalikan rancangan radio dikenali “suprise give-backs” dan Jackie telah merancang satu kejutan yang besar untuk Tina sebagai pemberian hadiah Hari Ibu yang tidak pernah dibayangkannya.

Kredit foto: Facebook / Kyle and Jackie ‘O’

Kakitangan stesen radio telah meletakkan kamera rahsia di pasaraya tempat Tina bekerja, dan Jackie memberitahu para pendengar, “Dia tidak tahu anak perempuannya, Donna berada di salah satu lorong di situ.”

Jackie memberitahu, “Kami telah menerbangkan anak perempuannya dari Amerika Syarikat dan tiada siapa dalam keluarganya yang tahu tentangnya.”

Kredit foto: Facebook / Kyle and Jackie ‘O’

Dalam rakaman di pasaraya itu, Tina sedang bekerja menyusun barangan di atas rak, sementara Donna berpura-pura memeriksa kotak bijirin di satu lorong berdekatan. Kyle kemudian telah mengumumkan menerusi sistem audio pasaraya supaya Tina pergi ke lorong 6 dengan segera. Kemudian segalanya bermula.

Kredit foto: Facebook / Kyle and Jackie ‘O’

Donna tidak sabar bertemu dengan ibunya. Jelas perasaan teruja itu terpancar di wajahnya. Pada mulanya, Tina berjalan terus melepasi Donna tanpa mengenali siapa gerangan wanita ini. Kemudian Donna telah datang menyapa Tina dan bertanya soalan. Tina berhenti dan memerhatikan wanita ini untuk kali kedua.

Kredit foto: Facebook / Kyle and Jackie ‘O’

Secara spontan selepas menyedarinya, Tina berasa amat terkejut dan tidak dapat mengawal emosinya. Air mata gembiranya tidak dapat ditahan lagi. Tina tidak menyangka menerima kejutan yang sungguh bermakna ini.

Kredit foto: Facebook / Kyle and Jackie ‘O’

Akhirnya Tina dapat bertemu dengan anak perempuan yang sangat dirinduinya, lalu memeluknya dengan erat. Ibu mana yang tidak sedih setelah berpisah dan bertemu semula dengan anak perempuan selepas tempoh 12 bulan.

Kredit foto: Facebook / Kyle and Jackie ‘O’

Apabila Tina ditanya oleh Kyle dan Jackie melalui telefon mengenai kejutan itu, Tina cuba menahan sebak dan berterima kasih kepada dua orang hos rancangan radio popular ini.

Katanya, “Impian saya telah menjadi kenyataan.”

Kredit foto: Facebook / Kyle and Jackie ‘O’

Jackie yang tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata berkata, “Kami hanya mahu memberi kejutan yang paling indah pada Hari Ibu.”

Misi Kyle dan Jackie ‘O’ dalam memberi kejutan telah berjaya sekali lagi. Bertuah Tina menyambut Hari Ibu dengan kejutan yang amat bermakna dan akan diingati seumur hidup.

Lihat video di bawah.

Sumber: inspireMORE
Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds