Sempena Hari Ibu, kanak-kanak pasti akan mencuba sedaya upaya untuk membuatkan ibu mereka gembira. Carter dan Cayden ingin memberi kejutan terhadap ibu mereka dengan membawakan sarapan pagi kepadanya.

Pada Hari Ibu 2013 satu kegagalan besar telah berlaku, apabila kedua-dua adik beradik itu secara senyap-senyap berjalan menuju ke bilik ibunya sambil membawakan sarapan. Carter, anak bongsu membawa semangkuk yogurt dan oat. Manakala Cayden pula membawakan semangkuk penuh buah-buahan.

Tetapi berjalan menuju ke pintu bilik tidur ibunya, Cayden yang terhuyung-hayang telah terjatuhkan kepingan buah nenas dan melon jatuh ke lantai. Cayden kemudian memungut semula buah-buahan tersebut dan memasukkan ia kembali ke dalam mangkuk.

Pada percubaan kedua, mereka berdua telah memasuki ke dalam bilik tidur ibunya, Cayden sekali lagi memegang mangkuk dengan terhuyung-hayang. Selepas seketika dia telah jatuhkan mangkuk yang berisi buah itu sekali lagi dan mula masukkan kembali buah tersebut ke dalam mangkuk.

“Selepas mereka menghantarkan buah kepada saya, saya makan tanpa mengetahui bahawa ia pernah jatuh ke lantai,” kata ibunya, Hollie.

Keluarga itu menghantar klip video mereka ke rancangan televisyen America’s Funniest Home Videos dan telah memenangi hadiah berjumlah wang $10,000! Mudah-mudahan mereka menggunakan wang itu untuk menyambut Hari Ibu pada setiap tahun kepada ibu mereka..

Era Baru

Share
Kategori: Keluarga Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds