Pesona, Ria, VIDEO

Burung kakak tua paling ‘diva’, mentang-mentang itu kawasannya dia boleh melakukan apa sahaja, harap tuannya bersabar!

Biasanya kita hanya mendengar mengenai kelucuan haiwan peliharaan seperti anjing, kucing atau hamster. Mereka sememangnya mempunya telatah tersendiri yang sangat melucukan sehingga membuatkan mereka yang ada di sekeliling tertawa lucu. Namun, bukan hanya mereka sahaja yang kelakar kerana burung kakak tua ini lebih lucu sebenarnya.

Lihat sahaja gaya ‘diva’nya, sepertinya dia boleh melakukan apa sahaja dan tidak akan dimarahi tuannya. Sepertinya tiada orang yang boleh menghalang apa yang mahu dilakukannya. Contohnya, dia dengan selamba tanpa rasa serba salah telah menjatuhkan binaan yang dibuat daripada cawan polestrin itu.

Mungkin kerana dia ingin tahu apa yang ada di dalam cawan itu sehingga mendorongnya dengan sengaja menjatuhkan binaan tersebut. Nampaknya dia memang tiada idea betapa sukarnya untuk membina binaan setinggi itu!

Jelas sekali dia tidak kisah dengan apa yang dilakukannya, apa yang penting dia sudah tahu apa yang ada dalam cawan tersebut. Harapnya tuannya tidak marah akan apa yang dilakukannya!

Era Baru

Kategori:Pesona Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...