Tiada siapa yang gembira apabila diberitahu penerbangan telah ditunda. Tetapi bagi seorang anggota tentera Amerika Syarikat ini, penerbangan yang telah ditunda menjadi saat yang tidak akan dilupakan buat seumur hidup.

Brooks Lindsey berasa bimbang tidak dapat bersama isterinya, Haley di dalam bilik bersalin menyambut kelahiran anak pertama. Semasa mendapat berita isterinya telah dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak pertama mereka, Brooks yang berkhidmat di stesen El Paso telah menempah tiket penerbangan dari El Paso, Texas ke Jackson, Mississippi dengan berhenti sebentar di Dallas.

Kredit foto: Facebook

Semasa Brooks tiba di Dallas, Haley sudah hampir melahirkan anak mereka dan penerbangan yang sepatutnya dijadualkan berlepas ke Jackson telah ditunda selama dua jam. Nasib baik Brook mempunyai aplikasi FaceTime di telefon pintarnya.

Semasa di dalam bilik bersalin, Haley ditemani ibu Brooks yang mahu merakamkan saat kelahiran bayi pertama pasangan ini secara senyap-senyap. Brooks telah menghubungi ibunya yang juga mempunyai aplikasi FaceTime di dalam telefon pintarnya. Nasib bakal bapa teruja ini amat baik apabila kelahiran anak pertama sedang dirakam ibunya dan dia dapat melihat sendiri saat itu.

Ibu Brooks menyembunyikan kamera telefon di dalam baju sambil merakam saat kelahiran itu. Apabila Haley mula meneran, doktor menyedari aksi peliknya dan bertanya apa yang sedang dilakukannya. Katanya dia sedang merakam saat kelahiran dalam FaceTime.

Kredit foto: Facebook

Doktor itu berkata, angkat sahaja telefon itu dan rakamkan saat kelahiran dan tunjukkan kepada Brooks apa yang sedang berlaku. Brooks dapat melihat kesemua proses kelahiran dan memberi semangat kepada Haley untuk terus meneran dan bersalin dengan baik. Brooks melihat sendiri Haley melahirkan bayi perempuan mereka sambil berkata, ‘Wow!’ dengan hati yang sebak.

Di terminal lapangan terbang Dallas, seorang penumpang yang akan menaiki penerbangan bersama Brooks, Tracy Dover melihat ekspresi wajah menyentuh hati Brooks yang sedang menonton anak perempuannya sedang dilahirkan ke dunia.

Kredit foto: Facebook

Tracy Drover menulis di dalam Facebook:

“Seorang tentera dalam perjalanan penerbangan yang terkandas bersama saya ke Missisippi. Dia terpaksa menonton kelahiran bayi perempuannya di FaceTime. Dia menangis sendirian dan hati kami semua turut tersentuh. Kami memberinya ruang di satu sudut.”

“Apabila kami semua mendengar bayi itu menangis, kami semua turut bersorak gembira bersamanya. Saya mahu berkongsi kegembiraan ini kerana saya mahu mengingatkan kepada kita semua bahawa anggota tentera berkhidmat demi menjaga keselamatan kita semua setiap hari. Dan ini salah satu pengorbanan mereka.”

Kredit foto: Facebook

Fritz Anne Lindsey telah selamat dilahirkan pada 5:23 petang dan penerbangan Brooks Lindsey telah mendarat di Lapangan Terbang Jackson, 90 minit kemudian.

Kredit foto: Facebook

Bagaimana hebat teknologi terkini apabila seorang tidak dikenali telah merakamkan menerusi Facebook reaksi teruja dan gembira Brooks yang menonton kelahiran anak perempuan sulungnya di dalam terminal lapangan terbang menerusi FaceTime dan jarak mereka 644 kilometer jauhnya.

Sumber: inspireMORE

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds