Rico Soegiarto tinggal di Denpasar, Bali, Indonesia, pertama kali bertemu dengan seekor anjing jalanan di tepi jalan Denpasar dalam keadaannya yang sangat menyedihkan. Anjing berbaka Husky ini sangat kurus sehingga kelihatan tulang rangka dengan hampir keseluruhan badannya dijangkiti sejenis penyakit kulit. Rupanya sangat menjijikkan tetapi mata birunya tetap bersinar.

Itulah sebab utama Rico berpendapat anjing ini masih mempunyai harapan untuk hidup dan dia mengambil keputusan untuk membawa anjing malang ini pulang ke rumah dan memeliharanya.

Ini adalah anjing jalanan berbaka Husky yang dinamakan Hope. Hope ditinggalkan dan hidup terbiar di sekitar jalanan Denpasar di Bali.

Apabila Rico Soegiarto, 26 tahun menemui Hope pada satu malam selepas dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari bekerja, kelihatan tompok-tompok seperti jangkitan bakteria pada kulit anjing ini.

Hope sangat kurus sehingga tulang rangkanya kelihatan akibat penyakit kulit itu.

Jangka hayat Hope mungkin tidak lama, dan Rico mengambil keputusan untuk memelihara dan merawatnya.

Walaupun keadaan Hope boleh dikatakan agak teruk, mata birunya tetap bersinar seperti memberi harapan. Sebab itu Rico menamakannya Hope.

Rico telah memberi anjing yang dibiarkan di jalanan ini satu lagi peluang untuk kehidupan lebih baik.

Rico memberitahu, “Entah mengapa dan saya tidak tahu apa yang istimewa sangat dengan diri Hope.”

Kata Rico lagi, “Ini tentang naluri dan perasaan saya. Saya menemui Hope dalam perjalanan pulang dari bekerja dan ia berada di tengah-tengah jalan dalam keadaan yang menyedihkan.”

Selepas memelihara dan memulihkan Hope dengan menjaga kesihatan, membersihkannya setiap hari dan memberinya makanan berkhasiat, Hope semakin sihat dan ceria.

Rico berkongsi hasil kerja keras dan kesabarannya menjaga Hope dan menunjukkan transformasi bekas anjing jalanan ini.

Kini Hope telah kembali sihat dan kuat dengan bulu barunya telah tumbuh dengan cantik, di samping mata birunya semakin bersinar dan memukau pandangan.

10 bulan kemudian, Hope sangat menyanjungi Rico. Hope suka dibelai dan makan banyak biskut.

Hope telah menjadi sebahagian daripada keluarga Rico dan teman wanitanya, bersama 4 ekor anjing peliharaan yang lain. Perubahan yang dilalui oleh Hope amat mengagumkan.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds