Korporat, NASIONAL

Skandal hutang 1MDB sebanyak RM42.2 bilion perlu dilangsaikan sehingga tahun 2039

Skandal hutang 1MDB sebanyak RM42.2 bilion perlu dilangsaikan sehingga tahun 2039

KUALA LUMPUR – Laporan pemeriksaan syarikat pembangunan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia akhirnya telah didedahkan. Laporan berkenaan menyatakan bahawa hutang yang perlu dibayar semula oleh IMDB dari tempoh November 2015 hingga Mei 2039 adalah faedahnya setinggi RM42.2 bilion!

Dalam laporan audit syarikat 1MDB menyebut bahawa sejak Oktober 2015, syarikatnya belum lagi melangsaikan hutangnya menjadikan hutang terkumpul sebelum ini perlu mengambil masa hampir 24 tahun untuk diselesaikan iaitu berakhir pada Mei 2039.

Kredit: The Sun Daily

Daripada jumlah besar berkenaan, sebahagian daripadanya akan dibayar balik dalam tiga kali ansuran iaitu pembayaran semula sebanyak RM4.88 bilion pada tahun 2016, RM17.4 bilion pada tahun 2023 dan RM5.14 bilion pada 2039. Baki hutang yang selebihnya akan dibayar setiap tahun sebanyak RM1.52 bilion.

Laporan tersebut turut menegaskan bahawa antara tempoh 2016 hingga 2023, syarikat berkenaan perlu menanggung kos hutang sehingga RM9,080 juta! Ini adalah termasuk terbitan Nota Jangka Sederhana Islam (iMTN) pada tahun 2009 yang memerlukan pembayaran semula sebanyak RM287.5 juta pada setiap tahun sehingga 30 tahun kemudiannya.

Menurut analisa aliran tunai laporan kewangan dari tahun 2010 hingga 2014, modal yang dikeluarkan oleh IMDB secara tunai hanyalah sebanyak RM1 juta. Jumlah ekuiti yang kecil ini membuktikan ketidakstabilan syarikat kerana ia membawa maksud bahawa syarikat perlu meminjam wang daripada pihak lain untuk terus beroperasi.

Kredit: 123rf.com

Sepanjang tempoh 2010 hingga 2014, IMDB telah melakukan 17 pinjaman yang berjumlah RM42.80 bilion namun jumlah sebenar yang diterima adalah sebanyak RM39.17 bilion sahaja.

“Aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui ketidakcukupan hutang tidak berjaya menghasilkan aliran tunai untuk membayar semula pinjaman. Menjelang 31 Oktober 2015, baki hutang yang perlu ditanggung oleh 1MDB adalah sebanyak RM55 bilion manakala aset pula sebanyak RM58.6 bilion”.

Daripada jumlah ini, RM20.3 bilion telah dijamin oleh kerajaan pusat.

Sumber: Oriental Daily, The Edge Markets

Era Baru

Kategori:Korporat NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...