KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah memerintahkan kerajaan untuk melaksanakan pemberian subsidi minyak secara berperingkat.

Kredit: Antara Pos

Menurut Ketua Setiausaha Jabatan Kepenggunaan dan Perdagangan, dalam satu mesyuarat khas yang diadakan pada Isnin lalu (14 Mei), Perdana Menteri telah mengarahkan Ketua Setiausaha di semua jabatan untuk menuruti beberapa arahan termasuklah memberikan semula subsidi minyak mengikut peringkat tertentu.

Artikel berkenaan turut menyatakan bahawa penjawat awam perlu bersikap jujur, bertanggungjawab dan mempunyai pemikiran yang positif serta berani dalam menyampaikan kebenaran kepada pemimpin politik.

Bermula awal bulan Disember tahun 2014, elaun minyak telah dihapuskan dan menggantikan mekanisme asal dengan mekanisme pengurusan petrol terapung. Di bawah mekanisme ini, kerajaan sebelum ini telah melakukan penyesuaian harga minyak domestik setiap bulan berdasarkan harga minyak mentah antarabangsa. Namun begitu, kaedah pengiraan harga minyak di bawah mekanisme ini mendapat kritikan hebat.

Kredit: HuffPost

Berdasarkan kepada turun naik harga minyak mentah antarabangsa, bekas kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak telah melaksanakan mekanisme harga minyak mingguan bermula April 2017 untuk melaksanakan mekanisme harga mingguan.

Sumber: Oriental Daily

Era Baru

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds