Hasrat rakyat Malaysia untuk melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dibebaskan pada hari Selasa lalu tidak kesampaian kerana mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguh kepada pukul 11 pagi hari ini.

Berita Harian / Malaysian Access

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan di Twitter:

“Kami telah menerima makluman terkini daripada Jabatan Perdana Menteri bahawa Lembaga Pengampunan akan mengadakan mesyuarat pada Rabu, 16 Mei.

“Oleh itu, sebarang program berkaitan pembebasan Anwar ditunda sehingga makluman lanjut dibuat. Sebarang kesulitan adalah dikesali,” katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata walaupun sudah diputuskan, Lembaga Pengampunan Diraja mungkin bersidang lewat sedikit kerana kita ingin mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan.

Anwar dijatuhi hukuman lima tahun penjara pada tahun 2015 oleh Mahkamah Persekutuan apabila diputuskan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya. Ketua Umum PKR itu yang dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh, sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun ini.

Menurut sumber yang diperolehi daripada Harian Metro, berikut adalah prosedur yang perlu diikuti untuk mendapat pengampunan penuh:

1. Hantar Petisyen

Perkara paling utama dalam permulaan proses ini adalah menghantar petisyen kepada Lembaga Pengampunan menerusi Mahkamah Tinggi sama ada oleh wakil atau pesalah.

2. Mesyuarat Lembaga Pengampunan

Sebaik petisyen diterima, lembaga pengampunan akan mengadakan mensyuarat.

Antara ahli lembaga terlibat adalah Yang di-Pertuan Agong (juga pengerusi), Peguam Negara, Menteri yang menjaga hal ehwal berkenaan dan tiga lagi ahli yang dilantik.

3. Keputusan

Selepas mesyuarat, tibalah masa untuk membuat keputusan sama ada setuju dengan pengampunan terbabit atau tidak.

4. Kembali kepada prosedur pertama

Sekiranya keputusan tidak menyebelahi pesalah, maka ia berbalik kepada prosedur pertama.

Namun jika setuju, proses akan terus ke prosedur ke-5.

5. Pengampunan

Jika keputusan ini dibuat, ini bermakna pesalah akan mendapat pengampunan, sekali gus akan dibebaskan.

6. Proses terakhir

Proses ini membabitkan pentadbiran di peringkat penjaga oleh peguam yang mewakili pesalah.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds