Apabila anda meningkat usia, apa yang anda inginkan untuk hari lahir anda hanyalah masa bersama keluarga. Tidak kira sama ada anda terkenal mahupun kaya-raya, keluarga merupakan perkara terpenting buat anda. David Beckham, pemain bola sepak terkenal tidak terkecuali.

David dan isterinya, Victoria Beckham mempunyai 4 orang anak, berumur antara 19 tahun hingga 6 tahun.

Namun, anak sulungnya, Brooklyn Beckham, 19 tahun, mengikuti kursus di sebuah kolej di New York. Ia sangat jauh jaraknya dengan kediaman mereka di London, England.

Dalam video yang bakal anda lihat ini, David sedang menyambut hari lahirnya. Semua anak-anaknya berada di situ, kecuali Brooklyn. Mereka sekeluarga sedang menikmati makan malam dan anak-anak yang lain menyambut hari lahir bapa mereka itu.

Namun, apa yang David tidak sedari ialah kejutan yang disediakan oleh Victoria dan Brooklyn.

Tanpa disedari, anak sulungnya itu masuk ke dalam restoran melalui pintu belakang dan terus memeluknya.

David kelihatan sangat terkejut dan terharu. Anda boleh rasakan kasih sayang antara bapa dan anak lelakinya itu! Menurut David melalui laman media sosialnya, itulah merupakan kejutan hari lahir yang terbaik.

Comel betul keluarga ini!

Era Baru

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds