Bunyikan loceng itu sekuat hati!

Jimmy Spagnolo sangat teruja, dengan memakai baju Superman, akhirnya dia berjaya mengakhiri rawatan kemoterapi selama setahun. Dan pada hari Jumaat, dia datang untuk membunyikan loceng untuk menandakan peristiwa penting di dalam hidupnya itu. Ia merupakan tradisi di Hospital Kanak-kanak Pittsburgh.

Kanak-kanak berusia 6 tahun itu mempunyai tumor otak dan telah menjalani empat pusingan kemoterapi untuk mengurangkannya.

“Loceng itu membawa erti yang begitu banyak, ia boleh bererti bunyi tangisan, kekuatan, ketakutan, keberanian, keraguan, kepuasan, kelegaan dan kebahagiaan yang datang melalui anda dan bagaimana ia membuat orang menjadi bahagia tentang perkhabaran ini. Bunyi itu melebihi dari satu cara. Keseronokan di dalam bilik itu luar biasa,” menurut laman Facebook hospital itu.

Jimmy tidak dapat menahan keseronokannya selepas membunyikan loceng, dia mula melompat ke atas dan ke bawah, melambai tangan dan menari!

“Raikan hari ini… cintai kehidupan hari ini… ianya hari yang hebat untuk hidup!”, memetik kiriman halaman Facebook yang dicipta untuk Jimmy yang dinamakan ‘saya berdoa untuk Jimmy Spagnolo’ (I’m praying for Jimmy Spagnolo).

Tahniah, Jimmy!

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds