KUALA LUMPUR – Hari ini, tanggal 16 Mei 2018 menjadi tarikh keramat buat penyokong Pakatan Harapan (PH) apabila pemimpin yang disanjung tinggi oleh rakyat iaitu Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan daripada hukuman penjara.

Datuk Seri Anwar akhirnya dibebaskan selepas dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun bermula pada 10 Februari 2015 setelah Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari pada 2008.

Kredit: YouTube

Tepat jam 11.30 pagi, kelibat Datuk Seri Anwar Ibrahim bergerak keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras mencuri tumpuan bukan sahaja pihak media tempatan tetapi juga wakil media antarabangsa yang diterbangkan dari seluruh dunia semata-mata untuk membuat liputan khas mengenai detik bersejarah ini.

Kredit: Astro Awani

Anwar sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun ini berdasarkan kepada pengiraan remitan namun Perdana Menteri bersama kepimpinan baharu PH telah berusaha untuk membebaskan beliau dan mendapatkan pengampunan penuh daripada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhamad V.

Kredit: YouTube

Dijangkakan pada jam 12 tengahari ini, Anwar bersama dengan isterinya, Wan Azizah dan Azmin Ali akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara. Kemudian sekitar jam empat petang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tiba di kediaman keluarga beliau di Bukit Segambut.

Tonton detik keramat pembebasan pemimpin yang sanjungan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber: Astro Awani

Era Baru

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds