Pesona, VIDEO

Bayi berusia 6 bulan ini telah dilatih menjadi pemain ski akuatik. Ibu bapanya sememangnya bercita-cita tinggi!

Auburn Asher mengambil beberapa langkah hebat dalam perkembangannya sebagai seorang pemain ski akuatik. Dia masih belum boleh berjalan, atau merangkak. Dia hanya berumur enam bulan. Tetapi umur hanyalah angka untuk Auburn dan ibu bapanya, Rob dan Heather, yang bermain ski air bersama di Falls Lake, North Carolina.

Dengan bantuan jurulatih, kerangka dan ski yang dibuat khusus, Auburn (yang juga memakai jaket keselamatan) pergi melawan arus air dengan bantuan ayahnya. “Dia mempunyai cengkaman yang kuat pada pemegang itu,” kata Rob kepada ABC News. “Tangannya tidak digam, dia memegangnya sendiri, dia mempunyai cengkaman yang sangat kuat.”

Rob mendakwa bahawa pengembaraan Auburn menjadikannya pemain ski termuda di dunia, yang kelihatannya munasabah, walaupun ia masih belum disahkan.

Sebenarnya, Auburn dilahirkan dua bulan lebih awal dari tarikh yang dijangkakan, dan hal ini membuatkan Rob berasa ragu untuk memulakan rancangannya. Tetapi apabila melihat bayi lelakinya mula berdiri dengan sendiri, Heather seolah-olah menimbang semula keputusannya.

“Dia bermula di ruang tamu dan beberapa hari yang lalu kami telah membawanya ke halaman,” kata Rob mengenai rejimen latihan Auburn. Kemudian, apabila ahli keluarga yang lain pergi ke bandar untuk bercuti pada hujung minggu, Rob memutuskan bahawa dia sudah bersedia untuk urusan sebenar.

Dan dia sudahpun bersedia: anak kecil itu menunggang ski di atas gelombang kira-kira 150 kaki (lebih daripada 45 meter) di belakang Rob, untuk tempoh kira-kira 30 saat sebelum ibunya menamatkan sesi itu.

Matlamat Rob seterusnya untuk Auburn adalah “untuk terus maju dengannya”, walaupun maksud yang sebenarnya hanya diketahui olehnya. Menyelam di langit, mungkin? Atau belajar merangkak. Itu kelihatan munasabah.

Era Baru

Kategori:Pesona VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...