Kisah Inspirasi, Pesona, VIDEO

Tarian yang indah tanpa cacat cela ini disempurnakan oleh pasangan yang paling tidak disangka-sangka

Ada sesuatu yang begitu elegan dan menarik dalam gerak tari yang sukar untuk kita abaikan. Keyakinan yang perlu ada dalam diri dua orang penari dan keindahan pergerakan mereka membuatkan tarian sangat mengagumkan. Video ini menunjukkan dengan jelas kegembiraan yang ditemui oleh Alexander dalam tarian.

Keyakinan antara penari tidak pernah kelihatan begitu ketara seperti rakan seperjuangan Maria Keyzman yang menari bersama-sama.

Alexander adalah seorang penari Rusia yang berusia 25 tahun. Sebagai seorang kanak-kanak, dia sangat suka menari, tetapi setelah menjadi buta dalam sebuah episod kemalangan tragis dia tidak lagi tahu jika dia akan menari lagi seperti yang pernah disukainya.

Pada masa itulah Maria, “malaikat penjaga” Alexander, mempengaruhi dan membantunya untuk kembali ke pentas tarian yang dirinduinya.

Tarian ini adalah tafsiran yang indah tentang kehidupan Alexander dan kisah indah pasangan ini. Maria telah membawanya semula ke lantai tarian dan apabila muzik mula bermain, mereka juga mula menari.

Jika dipermulaannya anda tidak tahu bahawa Alexander adalah seorang yang mempunyai kecacatan penglihatan, anda mungkin tidak akan dapat mengetahuinya. Hal ini kerana setiap pergerakan pasangan ini adalah sempurna dan sepertinya mustahil untuk dilakukan oleh insan yang kelainan upaya.

Kedua-dua penari ini telah meletakkan keyakinan dalam diri masing-masing. Alexander yakin bahawa pasangannya akan memastikan dia selamat dan membimbingnya ke tempat yang betul, dan Maria juga percaya bahawa Alexander tidak akan membiarkan dia jatuh atau menyakitinya ketika mereka membuat pusingan dan gerak tari yang rumit.

Di dalam persembahan tarian ini, terdapat satu detik di mana Alexander kelihatannya jatuh ke lantai, lemah. Ia adalah gambaran yang menunjukkan keadaannya ketika dia mula-mula ditimpa kemalangan dan ‘jatuh’ dalam kehidupannya. Kemudian, Maria datang untuk membantunya dan ia seterusnya menggambarkan apa yang terjadi dalam kehidupannya kini.

Pastikan anda menyaksikan tarian ini sehingga ke saat akhir, kerana pasangan ini membuat satu langkah yang luar biasa yang membuatkan semua penonton tergamam dan seterusnya memberi tepukan yang paling gemuruh.

Pada masa paling gelap dalam hidupnya, tarian membantunya mencari jalan pulang.

“Apabila saya menari,” katanya, “dunia saya penuh dengan cahaya.”

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...