Seorang remaja berasal dari Selatan Carolina bertindak membelanjakan wang simpanannya untuk mencipta kejutan buat rakan kelasnya yang memerlukan kasut, pakaian dan segalas beg baru. Sofi Cruz Turner, seorang pelajar Sekolah Menengah Conway, Selatan Carolina berkata dia telah mengenali Jahiem sejak tahun 3 lagi.

Kredit foto: Sofi Cruz Turner/Facebook

Berikut merupakan tulisan pendek oleh Sofi menerusi laman Facebooknya:

“Hujung minggu lalu, saya telah merancang untuk melakukan sesuatu yang istimewa buat rakan baik saya. Namanya Jahiem dan saya telah mengenalinya sejak tahun 3 ketika di dalam kelas Puan Dragotta. Jahiem merupakan seorang pelajar yang sentiasa menyiapkan kerja sekolah, tidak pernah ponteng, sentiasa membantu guru di dalam kelas dan sentiasa ceria menjalani hari-harinya. Pada minggu lepas, dia ada bertanya, ‘Bolehkah seseorang menghadiahkan saya sepasang kasut? Saya tidak suka akan kasut saya. Saiz kasut saya pula antara 10-11’.

“Saya memang berniat untuk menghadiahkannya namun duit saya pula tidak mencukupi. Jadi, semenjak saya bekerja ini, saya telah menyimpan sedikit wang dan membeli kasut serta memberi kepadanya pada keesokan hari. Ibu dan datuk saya turut membantu saya. Saya sangat beremosi ketika memberinya hadiah dan melihat dia membuka hadiah berkenaan. Melihat dia mengalirkan air mata merupakan detik yang sangat beremosi buat saya kerana saya dapat lihat dia seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Saya sangat bersyukur kerana hadiah kasut yang diberikan berkenaan disukai oleh Jahiem dan mampu menggembirakannya. Saya juga sedar betapa berkuasanya pemberian daripada seseorang kepada orang lain kerana ia mampu mengubah kehidupan individu yang menerimanya.”

Sofi memberikan hadiah buat Jahiem sewaktu di dalam kelas pada hari Rabu lepas, dan saat penuh emosi berkenaan berjaya dirakamkan seperti di bawah :

Sumber: sunny skyz
Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds