Pakar AVIATION yakin bahawa mereka akhirnya boleh menerangkan misteri di sebalik kehilangan MH370.

Penyiasatan oleh 60 Minit yang disiarkan pada 13 Mei yang lalu menampilkan panel pakar penerbangan yang menyiasat perkara yang menyebabkan kapal terbang itu hilang begitu sahaja.

Gambar sekadar hiasan.

Selama lebih dari empat tahun dunia telah bergelut dengan persoalan tentang bagaimana pesawat Boeing 777 yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal secara misterinya hilang di udara dalam perjalanannya menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Kini, para pakar mengatakan bahawa mereka akhirnya mempunyai jawapan.

Larry Vance, bekas Penyelidik Kanan di Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kanada, memberitahu 60 Minit tentang keyakinannya berkenaan apa yang berlaku kepada pesawat tersebut.

Saya fikir orang ramai sudah boleh berasa selesa kerana kini terdapat kesepakatan mengenai maklumat saat terakhir pesawat,” katanya.

Barisan panel, yang juga termasuk pakar keselamatan penerbangan terkemuka iaitu Kapten John Cox dan Martin Dolan, yang merupakan Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia ketika MH370 lenyap, akan mengkaji semula bukti dan melihat sama ada penerbangan hantu itu sebenarnya merupakan perbuatan pembunuhan yang sengaja dilakukan oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Kredit: Astro Awani

Ramai pakar penerbangan percaya bahawa Zaharie bertanggungjawab terhadap kejadian itu, dan pada 2016 Perdana Menteri Malcolm Turnbull tanpa disangka-sangka menyatakan “kemungkinan besar kapten itu yang merancang acara yang mengejutkan ini.”

John Dawson, seorang peguam yang mewakili sembilan keluarga dari MH370 dan MH17, baru-baru ini memberitahu News Corp Australia tentang bukti tepat yang menunjukkan bahawa salah seorang dari krew kapal itu bertanggungjawab berkaitan dengan insiden ini.

“Di dalam MH370, anda mempunyai juruterbang yang menerbangkan kapal antara Malaysia dan Beijing yang telah membuat pusingan dari laluan yang sepatutnya. Bukti itu sangat berat menunjukkan penglibatan salah seorang daripada krew pesawat udara yang mengawal pesawat ini.

“Pesawat itu mungkin mengalami kekurangan tekanan udara, penumpangnya mati akibat asfiksia, ia adalah pembunuhan yang direncanakan. Ia sangat terancang. Mayat-mayat tidak pernah dijumpai. “

Tetapi walaupun dengan pemerhatian pakar, kerajaan Malaysia, yang telah menandatangani perjanjian “tiada penawar, tiada bayaran” dengan syarikat yang berpangkalan di Texas Ocean Infinity untuk meneruskan pemburuan pesawat itu, kerajaan tetap berdiam diri mengenai persoalan tentang penglibatan Zaharie.

Ocean Infinity telah memulakan pencariannya pada 22 Januari tahun ini, selepas misi pencarian yang bernilai $200 juta gagal. Pada masa itu, pakar berkata bahawa mereka dijangka akan menemui jawapan dalam masa beberapa minggu.

Syarikat itu mempunyai masa selama 90 hari untuk mencari pesawat itu, yang kini telah berlanjutan sehingga beberapa bulan.

Pegawai berkata terdapat kira-kira 85 peratus peluang menjejaki bangkai pesawat MH370 di kawasan pencarian 25,000 kilometer persegi yang baru.

Penyiasatan itu dijangka akan berakhir pada pertengahan bulan Jun.

Era Baru

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds