Membeli rumah daripada pemilik sebelumnya kadang kala untung juga ya, kerana ada banyak kejutan yang kita sendiri tidak tahu! Mungkin ada di antara kita yang berasa membeli rumah daripada pemilik lama agak membosankan kerana ruang yang tersedia tidak seperti yang kita inginkan. Mungkin kita boleh membuat renovasi semula namun ia memakan belanja yang agak besar. Tetapi, ada juga kelebihan membeli rumah daripada pemilik lama ini dan mungkin anda pun tidak terfikir akannya!

Sebuah keluarga dari Boca Raton, Florida baru-baru ini membetulkan jubin lama di rumah mereka sebelum mereka menemui sesuatu yang mengejutkan, iaitu satu ruang rahsia di sebalik jubin berkenaan. Sebuah peti keselamatan ditemukan. Bapa dan anak perempuan keluarga berkenaan mencuba beberapa siri paten nombor untuk membuka peti tersebut dengan harapan mereka akan menemui barangan berharga di dalamnya.

Penemuan yang tidak disangka tersebut merupakan satu kejutan buat mereka.

Kredit foto: Inside Edition

Dengan bantuan pakar membuka peti keselamatan berlesen, peti berkenaan berjaya dibuka. Mereka mengharapkan penyudah kisah ini berakhir sama seperti kisah keluarga di Phoenix, Arixona yang menemui wang berjumlah USD 50,000 (RM197,525) dan sebotol arak bourbon yang jarang ditemui, ketika mereka membetulkan jubin yang rosak di kediaman mereka. Namun, keluarga ini hanya menemukan air dan sekeping duit syiling lama yang kini berharga USD200 (RM790).

Mereka tetap bernasib baik kerana menemui duit syiling antik yang tersembunyi di sebalik lantai rumah mereka.

Kredit foto: Inside Edition

Ia tidak berakhir seperti apa yang diharapkan. Namun, semuanya bergantung kepada tuah masing-masing kerana ada sahaja keluarga yang membeli rumah yang bermasalah, seperti terdapat sarang lebah pada dinding kediaman mereka, loteng yang menjadi habitat kelawar dan kucing terbiar serta bermacam lagi kejutan yang tidak disangka!

Terdapat sarang lebah di sebalik dinding rumah mereka.

Kredit foto: Inside Edition

Cuba anda periksa apa yang terdapat di sebalik lantai dan dinding rumah anda.

Sumber: ELITE READERS

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds