Selepas hampir 30 tahun pupus, kanggaru tikus San Quintin dilaporkan telah dijumpai semula di rezab alam semula jadi di Valle Tranquilo dan Monte, Mexico. Untuk pengetahuan anda, haiwan berkenaan tidak lagi ditemui sejak daripada tahun 1986 dan diancam kepupusan ekoran arusan permodenan, iaitu ketika pertukaran kepada ekonomi berteraskan pertanian.

Kredit foto: Bill Longland

Tikus kanggaru telah disenaraikan sebagai spesies terancam dan berkemungkinan akan pupus oleh pihak kerajaan Mexico pada tahun 1994. Walaupun terdapat pencarian dan pemantauan aktif selama bertahun-tahun, namun sebarang tanda-tanda haiwan itu tidak ditemui sehinggalah pada musim panas lalu, apabila Scott Tremor dan rakan penyelidikannya, Sula Vanderplank berada di lapangan bagi menjalankan pemantauan rutin komuniti mamalia kecil di San Quintin.

Kredit foto: San Diego Natural History Museum

Mereka bahkan tidak mempercayai kedua-dua mata mereka sendiri apabila melihat tikus kanggaru berkenaan melompat pada perangkap kajian mereka.

Kredit foto: pinterest

“Penemuan ini merupakan contoh yang sempurna terhadap kepentingan menjaga tapak lapangan semula jadi, dan kami mempunyai peluang untuk membangunkan rancangan pemuliharaan berikutan dengan penemuan kami”, kata Tremor, selaku pakar mamalia di Muzium Sejarah Semula Jadi San Diego.

“Keupayaan menjalankan kajian ini serta usaha pemuliharaan merupakan sesuatu yang mendebarkan. Ia merupakan komitmen bagi melansungkan pemeliharaan terhadap keunikan Semenanjung Baja California”.

Tikus kanggaru berkenaan dilaporkan adalah 5 inci panjang dengan berekor kembang. Ia mendapat nama menerusi kakinya yang sangat kuat dan besar, dan ia membolehkan tikus kanggaru ini melompat seperti kanggaru. Ia pernah pernah hidup dalam beribu-ribu populasi di lembah pesisir yang sempit sepanjang 100 batu di sepanjang pantai Pasifik Utara Baja California.

Tetapi bilangan mereka mula berkurang ekoran pengenalan pertanian intensif pada tahun 1970-an, mengakibatkan makanan mereka berkurangan dan habitat mereka dihapuskan.

Sumber: sunny skyz
Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds