Setiap orang mempunyai rutin yang perlu dilakukan untuk merasa normal setiap hari dan tidak berasa kekok sepanjang hari. Tetapi itik ini mungkin lebih comel daripada mana-mana manusia. Matizhan, seorang pengguna YouTube telah berkongsi video ini yang menunjukkan si itik, Charley, melakukan rutin hariannya iaitu berjalan kaki dan ia sudah cukup untuk membuat anda cair.

Pada setiap hari, Charley akan mengikutinya dengan gembira ke arah rumah, sambil ‘membebel’ tentang harinya yang hanya ia sahaja yang tahu maksudnya. Comel sungguh!

Walaupun lelaki ini cuba berlari, itik yang ramah ini akan turut berlari mengejarnya! Seolah-olah tidak rela ditinggalkan di tengah jalan sendirian. Cair sungguh dibuatnya.

Pernahkah anda bertemu itik sebegini ramah? Jika pernah, anda pastinya insan yang paling bertuah!

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds