INSPIRASI, Pesona, Ria, VIDEO

Gelandangan ini bermain piano di jalanan setiap hari – apabila videonya menjadi tular, kehidupannya berubah dengan serta merta

Gelandangan ini bermain piano di jalanan setiap hari – apabila videonya menjadi tular, kehidupannya berubah dengan serta merta

Seperti kebanyakan kisah kehidupan berubah pada masa kini, ia bermula dengan video yang menjadi tular. Pada 29 Jun, 2015 di Sarasota, Florida, Donald dirakam sedang bermain piano di jalanan.

Donald dilaporkan pernah berkhidmat di United States Marine Corps, di mana dia bermain klarinet dan pernah menjelajah ke serata dunia bersama kumpulan muziknya ketika itu.

Lelaki yang mempunyai bakat semula jadi ini pernah berkahwin dan memiliki seorang anak namun isterinya telah meninggal dunia secara tiba-tiba pada tahun 1998 yang menyebabkan dirinya hilang arah.

Perkara menjadi lebih teruk apabila dia terjebak dalam penyalahgunaan dadah, yang mengakibatkan Donald telah hilang hak penjagaan ke atas anaknya dan dia mula hidup secara gelandangan selepas hilang pekerjaan.

Bandar Sarasota menempatkan 7 buah piano jalanan di sekitar kawasan tempatan untuk menggalakkan pemuzik atau sesiapa sahaja untuk bermain.

Hampir setiap hari, Donald akan menuju ke salah satu piano di bandar tersebut dan bermainnya demi meraih wang untuk membeli makanan. Apabila videonya bersemangat bermain piano mendapat lebih daripada 100,000 tontonan hanya dalam satu hari, orang yang bertanggungjawab merakam video tersebut ingin mencari Donald untuk memberitahu tentang perkara itu.

Mereka membuat laman GoFundMe untuknya yang berjaya mengumpul dana lebih daripada $40,000 (RM160,000). Donald juga menerima banyak tawaran untuk memainkan piano di pelbagai bar. Kisah Donald Gould adalah salah satu yang bermula dengan sedih tetapi dipenuhi dengan harapan dan inspirasi. Gould membuktikan bahawa kita benar-benar boleh mengubah hidup kita.

Dia juga mendapat tawaran daripada syarikat rakaman, bersatu semula dengan anaknya dan dia juga bertemu seorang wanita yang menjadi pasangan hidupnya.

Tonton videonya bermain piano di bawah:

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...