Tiada apa yang lebih menyeronokkan selain keluar bersiar-siar sambil menikmati pemandangan alam semulajadi yang indah. Menghirup udara segar bersama perasaan aman dan tenang dari hiruk pikuk di bandar, melihat spesies haiwan berinteraksi dengan alam. Atau sekali-sekala melihat seekor beruang besar datang menghadap anda?

Setiap tahun, sekumpulan spesies beruang coklat akan muncul di Taman Perlindungan Hidupan Liar McNeil River State di Alaska di antara bulan Jun hingga Ogos, dan kumpulan beruang ini akan turun ke sungai untuk menangkap ikan salmon.

Dalam setahun, hanya pelawat tertentu yang dibenarkan memasuki taman ini untuk melihat dan merakam gambar beruang coklat di tepi Sungai McNeil. Mereka perlu bertindak dengan cara yang berhati-hati serta berkelakuan baik supaya tidak menakutkan beruang-beruang ini.

Kredit foto: Youtube

Drew Hamilton adalah salah seorang pelawat bertuah yang dibenarkan memasuki taman perlindungan ini. Semasa sedang duduk memerhatikan beruang coklat menangkap ikan salmon dengan kameranya, tiba-tiba seekor beruang coklat yang besar telah berjalan menuju ke arahnya.

Dalam keadaan yang berdebar-debar di dalam hati, Drew hanya duduk sahaja di tempat duduknya dalam keadaan yang tenang sambil merakam aksi beruang coklat yang besar itu dengan cengkaman kukunya yang menyeramkan.

Rupa-rupanya, beruang ini juga mahu bersantai dengan tenang dan aman seperti Drew. Ia hanya duduk di sebelah Drew dan memerhatikan beruang lain menangkap ikan salmon di tepi sungai.

Kredit foto: Youtube

Mungkin bosan melihat Drew hanya duduk terdiam begitu, beruang ini menguap sebelum beredar dari kawasan perkhemahan Drew dan menyertai rakan beruangnya yang lain menangkap salmon.

Walaupun pertemuan tidak disangka ini amat jarang sekali berlaku dan Drew salah seorang yang bertuah, rasanya pasti Drew berasa lega apabila beruang itu telah beredar pergi. Lihat sahaja cengkaman kukunya itu, jika tersilap langkah dengan sekali cakar, tidak tahu apa yang akan berlaku.

Lihat rakaman video beruang coklat besar bersantai bersama Drew Hamilton di bawah.

Sumber: happiest

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds