Kerabat diraja sentiasa menjadi perhatian umum tidak kira di mana jua mereka berada. Misalnya semasa penampilan sulung Kate Middleton selepas melahirkan putera ketiganya, pasangan kepada Putera William ini kelihatan amat anggun dan masih bergaya elegan walaupun baru beberapa jam bersalin.

Kali ini, sempena dengan sambutan majlis perkahwinan diraja antara Putera Harry dan Meghan Markle, segala-gala mengenai penampilan pasangan itu sama ada pakaian, rambut dan solekan akan mendapat tumpuan utama daripada masyarakat seluruh dunia.

Tetapi, tahukah anda bahawa puteri-puteri diraja mahupun mana-mana wanita yang terlibat dengan golongan diraja seperti Kate Middleton dan Meghan Markle perlu mematuhi beberapa peraturan dan dilarang sama sekali untuk mengingkarinya.

Ini merupakan senarai 9 peraturan kecantikan yang harus dipatuhi oleh setiap kerabat diraja wanita!

#1 Tidak boleh mengenakan gincu berwarna terang.

Kredit foto: © East News   © MEGA/EAST NEWS

Anda tidak akan pernah melihat wanita dari kerabat diraja mengenakan gincu yang berwarna terang dan gelap! Dalam erti kata lain, gincu berona merah cili misalnya adalah warna yang dilarang untuk dipakai.

Salah satu sebab kepada peraturan ini adalah bagi mengelakkan wanita diraja mempunyai kesan gincu yang jelas pada gigi mereka.

#2 Dilarang memakai solekan yang terlalu tebal.

Kredit foto: © DVS/RockinExposures/Capital Pictures/EAST NEWS   © Frankie Fouganthin / Wikimedia Commons

Kim Kardashian adalah ratu Instagram dan terkenal kerana sering mengenakan solekan tebal walau ke mana sahaja. Sementara itu, Puteri Mahkota Victoria yang bakal menjadi Permaisuri Sweden pula tidak dibenarkan langsung untuk mengenakan solekan yang akan menyerlahkan lagi bahagian rahangnya.

Mereka perlu sentiasa mengenakan solekan semulajadi dan hanya menambah sedikit pemerah pipi bagi menampakkan kesegaran wajah.

#3 Solekan mata yang ringkas.

Kredit foto: © AFP/EAST NEWS   © Balkis Press / ABACA/EAST NEWS

Kerabat diraja wanita tidak sesekali mengenakan solekan glamor seperti artis-artis Hollywood. Solekan yang boleh diterima haruslah dengan hanya memakai maskara serta sedikit pembayang mata tanpa memakai bulu mata palsu, celak dan sebagainya.

Solekan yang terlalu tebal dianggap sebagai menjijikkan.

#4 Pastikan solekan tahan lama.

Kredit foto: © Depositphotos.com   © JaumeEG5 / Wikimedia Commons

Permaisuri, puteri-puteri diraja mahupun wanita yang berketurunan diraja sering menghadiri majlis-majlis rasmi yang selalu diadakan di kawasan terbuka. Oleh demikian, mereka haruslah mengenakan solekan yang tahan lama tidak kira semasa hari panas, hujan atau berangin sekali pun.

#5 Tidak boleh betulkan solekan di kawasan awam.

Kredit foto: © Robert Bejil / Wikimedia Commons   © Frankie Fouganthin / Wikimedia Commons

Berdasarkan kepada etika kosmetik, membetulkan solekan di kawasan umum dianggap sebagai tidak sopan walaupun mereka sekadar mengenakan gincu. Tindakan ini boleh dikatakan sebagai tidak elegan.

#6 Larangan mewarna kuku dengan warna yang terang.

Kredit foto: © Depositphotos.com   © East News

Kerabat diraja wanita lebih cenderung untuk memastikan kuku mereka sentiasa pendek dan tidak diwarnakan dengan warna-warna yang terang.

#7 Gaya rambut yang menawan dan sempurna.

Kredit foto: © AFP/EAST NEWS   © James Whatling / MEGA/EAST NEWS

Protokol diraja mewajibkan golongan ini untuk sentiasa menggayakan rambut yang kemas dan rapi. Misalnya, Kate Middleton terkenal dengan gaya rambut ikal mayangnya yang menawan.

Gaya rambut lain seperti tocang, rambut yang berminyak atau serabai adalah 100% dilarang.

#8 Perlu melakukan rawatan rambut secara berkala.

Kredit foto: © Depositphotos.com   © MCPIX/NEWS PICTURES/EAST NEWS

Kate Middleton akan menggunakan alat pengering rambut beberapa kali dalam seminggu bagi mengekalkan rambut yang lembut dan bersinar. Di samping itu, Kate juga akan mewarnakan rambutnya bagi memastikan uban tidak kelihatan.

Malah, Kate turut mendapatkan khidmat menggunting rambut sebanyak sekali dalam tempoh beberapa bulan. Sebab itulah kita sentiasa berpeluang untuk menyaksikan penampilan Kate yang anggun dan jelita.

#9 Memakai topi semasa majlis rasmi.

Kredit foto: © Angela George / Wikimedia Commons   © Joel Rouse / Wikimedia Commons

Berdasarkan kepada kod etika berpakaian diraja, penggunaan topi adalah wajib semasa menghadiri majlis-majlis rasmi termasuk majlis perkahwinan diraja dan sambutan Hari Natal.

Sumber: BRIGHT SIDE

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds