Obesiti merupakan masalah yang dialami oleh penduduk di seluruh dunia dengan 1.9 bilion orang dewasa mengalami masalah berat badan di antara tahun 1975 sehingga 2017. Daripada jumlah ini, 650 juta orang dewasa adalah obes.

Untuk kekal sihat dengan berat badan yang ideal memerlukan komitmen dan usaha keras serta masa, yang malangnya kebanyakan daripada kita tidak mampu lakukan.

Di bawah adalah 10 langkah mengurangkan berat badan secara optimum dan cepat yang boleh diikuti tanpa menjejaskan tahap kesihatan disamping anda sentiasa berasa bahagia.

1. Makan sebelum waktu makan sebenar

Kredit :  Depositphotos.com  / Depositphotos.com

Kajian terbaru mendapati satu hidangan sup sebelum waktu makan akan dapat mengawal selera makan anda. Sementara menunggu sup itu menyejuk, anda akan makan dengan perlahan. Memberi isyarat kepada otak, hormon dan perut anda dengan masa yang mencukupi bahawa anda sudah kenyang dan hanya mahu makan dengan kuantiti yang sedikit apabila tiba waktu makan.

2. Tambah rempah atau bahan pedas dalam makanan

Kredit :  Depositphotos.com  / Depositphotos.com

Anda sukakan makanan pedas? Itu bermakna anda telah menaikkan kadar metabolisme sehingga 8% dan makanan pedas dapat membakar kalori di dalam badan. Makanan pedas juga akan membuat seseorang itu makan dengan perlahan, yang mana baik untuk metabolisme anda.

3. Makan snek yang sihat

Kredit :  Depositphotos.com  / Depositphotos.com

Simpan snek yang sihat seperti kacang badam, biji bunga matahari, epal yang telah dipotong, kraker bijirin atau keju rendah lemak di dalam simpanan anda dan makannya dalam selang beberapa jam sebelum waktu makan. Apabila tiba waktu makan, anda pasti makan dengan sedikit kerana tidak terlalu lapar.

4. Tidur dengan cukup

Kredit :  Depositphotos.com  / Depositphotos.com

Mendapat rehat yang mencukupi adalah sangat penting bagi tubuh badan untuk berfungsi dengan baik. Kajian mendapati mereka yang sedang berdiet akan dapat mengurangkan kalori sebanyak 6% apabila mereka mendapat tidur yang mencukupi.

5. Minum lebih teh

Kredit :  Depositphotos.com  / Depositphotos.com

Anda patut minum 8 gelas air kosong sehari. Bagi minuman lain yang menyihatkan, anda patut meminum teh terutamanya teh hijau yang mengandungi antioksidan dan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sebagai khasiat tambahan, teh hijau membantu melindungi diri anda daripada mendapat penyakit kanser.

6. Tukar warna kegemaran kepada biru

Kredit : Depositphotos.com  / Depositphotos.com

Kajian mendapati manusia akan makan dengan kuantiti yang kurang apabila warna pinggan mereka sangat berbeza dengan warna makanan. Kajian juga mendapati selera makan manusia akan menurun sebanyak 33% apabila mereka makan di atas pinggan berwarna biru atau di dalam bilik yang berwarna biru.

7. Berhenti melakukan pelbagai kerja

Kredit :  Depositphotos.com  / Depositphotos.com

Apabila anda melakukan pelbagai kerja, minda anda tidak akan memfokus kepada satu subjek sebaliknya terus bergerak melakukan pelbagai perkara termasuk memikirkan makanan dan memakannya sambil melakukan kerja.

Apabila berada di dalam diet, fikiran sedang berdiet terus dilupakan dan anda terus makan apa sahaja makanan yang dapat dicapai sambil membuat kerja. Jadi hentikan melakukan pelbagai kerja dan tumpukan pada satu kerja termasuk apabila sedang makan.

8. Ketawa dan senyum lebih banyak

Kredit :  Kristel.kitsing/wikimedia  / Depositphotos.com

Ketawa dan senyum itu seperti satu senaman aerobik yang ringkas. Ia mampu membuat jantung berdegup pantas lalu menambah pengaliran dan peredaran darah di dalam badan. Apabila anda ketawa secara kuat dalam jangka masa satu jam, ia akan membakar kalori seperti mengangkat berat selama 30 minit.

9. Tidur dalam suhu sejuk

Kredit :  Depositphotos.com  / Depositphotos.com

Apabila anda tidur dalam suhu yang lebih sejuk, badan anda akan membakar lemak yang terkandung di bahagian perut untuk membuat badan terus berasa hangat. Kajian mendapati mereka yang tidur di dalam bilik pada suhu sekitar 66°F (19°C) akan membakar 7% lebih kalori berbanding mereka yang tidur di dalam bilik yang lebih hangat.

10. Tidur dengan lampu tertutup

Kredit :  Depositphotos.com  / Depositphotos.com

Kajian dari Universiti Ohio mendapati mereka yang tidur di dalam bilik yang gelap akan lebih cepat mengurangkan berat badan berbanding mereka yang tidur dengan lampu terbuka.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds