Saya telah mencuba segala-galanya tetapi masih tidak menjumpai jalan penyelesaian. Saya mula kurang berfikir tentang pemulihan dan lebih banyak berfikir tentang kematian. Saya bersedia untuk pengebumian saya sendiri.

Suami saya masih muda dan saya bimbang dia akan berkahwin semula dan anak-anak saya akan dianiaya oleh ibu tiri mereka. Saya sering mengejutkan suami saya pada waktu malam dan memintanya untuk membahagikan harta benda kami supaya saya dapat meninggalkan bahagian saya kepada anak-anak. Saya akan berkata, “Kematian sedang mengejar saya, masa saya sudah dekat.”

Semangat saya telah hilang sepenuhnya. Daripada mempercayai bahawa saya mempunyai tenaga yang cukup untuk melawan pelbagai penyakit, saya mulai menikmati bunyi-bunyian patogen yang bersembunyi di dalam badan saya, menunggu masa untuk menyerang ketika saya berada di peringkat yang paling lemah. Pada waktu malam, apa yang saya boleh lakukan hanyalah menghitung setiap nafas semasa tercungap-cungap mencari udara untuk dihirup.

Saya telah kehabisan air mata, dan hati saya dihancurkan setiap hari oleh penderitaan yang tidak berkesudahan. Saya tidak lagi mengambil ubat. Saya tidak peduli lagi dan hanya menunggu untuk ditarik nyawa. Saya berharap agar saya dapat tidur dan tidak lagi bangun.

Ini adalah keadaan menyedihkan yang saya alami selepas bertahun-tahun penyakit yang melemahkan saya dan kegagalan untuk mencari rawatan yang sesuai. Saya telah melupakan semua harapan saya sehinggalah saya mendengar cadangan dari abang saya yang akhirnya membuka jalan bagi saya untuk mengecapi kegembiraan dan kesihatan yang baik dalam hidup saya sekali lagi— ianya adalah satu peristiwa yang luar biasa.

Gambar sekadar hiasan.

Saya dibesarkan di kampung yang miskin dan mundur. Di sana, adalah sangat sukar untuk menjalani kehidupan. Jadi anak-anak muda akan berpindah ke bandar-bandar dan berharap agar dapat menjadi kaya raya. Saya melakukan perkara yang sama, memilih untuk meninggalkan rumah dan memulakan semula kehidupan saya. Saya bertemu jodoh dengan seorang suami yang berdedikasi. Kami mempunyai perniagaan yang mampan dan dua orang anak yang cantik. Secara keseluruhan, kehidupan saya semakin baik.

Tetapi anda tidak boleh meneka apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

Suatu hari pada usia 26 tahun, ketika saya masih muda, saya tiba-tiba pengsan. Sejak itu, satu demi satu penyakit menyerang saya. Ada yang menjadi kronik atau tidak dapat diubati, dan saya tidak mempunyai pilihan selain hidup ‘bersama’ mereka.

Semuanya bermula pada tahun 2008 apabila saya diserang sakit perut kronik yang disebabkan oleh jangkitan bakteria pada lapisan perut. Ia adalah penyakit radang yang boleh menyebabkan kanser perut.

Kredit: ntd.tv

Saya juga mengalami masalah menelan dan bernafas, di mana hospital onkologi mendiagnosis masalah ini sebagai keradangan nasofaring (nasopharyngeal inflammation). Walaupun saya mengambil ubat yang dibekalkan, saya tetap mengalami kesakitan yang tidak dapat ditanggung. Saya kembali ke hospital beberapa kali, tetapi masih lagi diagnosis dengan perkara yang sama. Saya sudah terlalu penat dan tubuh saya semakin lemah. Saya kehilangan selera makan dan mengalami insomnia.

Kemudian, saya mula kehilangan berat badan dengan kadar yang cepat dan mengalami cirit-birit hampir setiap pagi. Bimbang dengan keadaan ini, saya pergi ke hospital dan didiagnosis pula dengan proctitis (keradangan lapisan rektum) dan buasir dalaman di dalam kanal dubur. Kemudian saya diagnosis lagi dengan arthritis, dan diikuti oleh sinusitis. Menjelang tahun 2011, saya juga mengalami gangguan vestibular (kerosakan pada sistem termasuk bahagian telinga dan otak) dan cervicitis yang teruk (keradangan dan kerengsaan serviks).

Kredit: ntd.tv

Yang lebih menambah penderitaan saya adalah hakikat bahawa saya tidak boleh tidur dengan sempurna. Saya perlu menukar kedudukan yang saya biasa tidur, jika tidak, saya mungkin tercekik kerana sebahagian dari tumor telah menyekat saluran udara saya. Saya telah didiagnosis dengan tumor dalam nasalpharynx, iaitu di bahagian kerongkong atas yang terletak di belakang hidung. Ini menjelaskan mengapa saya mengalami masalah bernafas dan menelan.

Saya sangat terkejut. Hidup saya sangat bergantung kepada ubat. Pada usia ketika kebanyakan wanita sedang berkembang maju, saya pula berada dalam keadaan yang teruk— terlalu sakit dan lemah sehingga tiupan angin yang lembutpun dapat menjatuhkan saya. 

Mencari bantuan dalam penderitaan

Saya pergi ke pelbagai hospital di seluruh negara dengan harapan agar saya dapat menjumpai penawar. Saya telah mencuba pelbagai jenis rawatan yang baru tetapi tiada satupun yang berhasil, dan akhirnya saya melihat saya seolah-olah hanya berputar di dalam sebuah bulatan yang sama.

Apabila saya menyedari bahawa perubatan Barat hanya membuang masa, saya mula mencari bantuan perubatan tradisional Cina. Saya beralih ke ubat herba dan melawat setiap tabib yang saya ketahui.

Pada masa ini, saya hampir tidak boleh makan. Satu-satunya perkara yang saya boleh lalukan adalah memaksa diri untuk menelan bubur biasa, kerana jika saya memakan makanan lain, saya akan mengalami cirit-birit selepas itu.

Saya menghabiskan banyak masa di bilik tidur saya, walaupun saya hanya boleh tidur selama satu atau dua jam setiap malam. Selebihnya, saya mengetap gigi untuk menahan kesakitan dan tertanya-tanya bagaimana kehidupan saya secara tiba-tiba boleh menjadi sukar. Tidak kira bagaimana saya mencuba, tetap tidak ada keselesaan untuk saya.

Setelah tidak mempunyai nasib yang baik dengan semua yang telah saya cuba setakat ini, saya menceburkan diri ke dalam bidang rawatan bukan berasaskan saintifik dan rohani. Saya mengundang semua jenis dukun dan penyembuh lain ke rumah saya untuk melakukan ritual kuno, ramalan, sihir, dan lain-lain. Saya tidak peduli berapa banyak kosnya, yang saya mahukan hanyalah kesihatan saya kembali pulih seperti dahulu.

Walau bagaimanapun, tiada perubahan dan harapan saya hancur berkecai. Saya tidak lagi melihat apa-apa di hadapan saya. Saya tidak mempunyai Tuhan untuk menyerahkan diri. Ada yang mengatakan bahawa apabila satu pintu ditutup, satu pintu lagi akan terbuka, tetapi buat saya, satu-satunya pintu yang dibuka pada masa itu adalah pintu ke neraka.

Saya menyerahkan segala-galanya dan bersedia untuk disambut dengan kematian. Saya mula membuat pengaturan untuk majlis pengebumian saya sendiri.

Kredit: ntd.tv

Rasa ingin tahu yang memuncak

Tetapi hidup penuh dengan kejutan. Suatu hari, abang saya datang untuk melihat keadaan saya. Saya memberitahunya: “Keadaan saya tidak berubah menjadi lebih baik. Saya mungkin akan mati tidak lama lagi.” Dia kemudiannya mencadangkan saya untuk mencari Falun Dafa, sebuah amalan dari China yang telah tersebar di seluruh dunia dan telah membantu mengubati ramai orang.

Setiap kali saya mendengar rawatan baru, hati saya melompat dalam kebahagiaan, sebab itulah saya kehilangan wang dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, saya tetap mencari maklumat tentang Falun Dafa di internet, yang juga dikenali sebagai Falun Gong. Saya juga terjumpa demonstrasi senaman yang praktikal dan, sejujurnya, saya berasa sangat kecewa, kerana bagaimanakah amalan semudah ini dapat membantu saya sembuh apabila pelbagai jenis ubat berasaskan sains tidak dapat melakukannya?

Pun begitu, saya terus membaca tentang Falun Dafa dan semakin banyak yang saya baca, semakin tebal perasaan ingin tahu di dalam diri saya. Saya mempelajari bahawa ia terdiri daripada aspek senaman dan mengikuti ajaran moral, yang diringkaskan hanya dengan tiga perkataan: Sejati, Baik, dan Sabar.

Setelah menemui laman web Falun Dafa yang dipanggil minghui.org, saya tersentuh dan menangis ketika saya membaca artikel yang ditulis oleh orang-orang yang telah menemui keamanan, kesihatan, dan kebahagiaan dari amalan ini. Antaranya adalah beberapa orang yang telah menderita penyakit yang sama seperti saya.

Walaupun saya masih berasa ragu-ragu, harapan sememangnya berakar di dalam jiwa saya. Saya menghubungi sebilangan orang sukarelawan yang menjawab semua soalan yang saya ada, termasuklah soalan berapa kos yang diperlukan untuk belajar.

Saya terkejut apabila mendapati bahawa segala-galanya adalah percuma di internet tetapi jika saya mahu membeli beberapa buah buku, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan. Oleh kerana saya percaya bahawa tiada siapa yang ingin menipu orang lain demi sejumlah wang sekecil itu, saya memutuskan untuk membelinya.

Kredit: ntd.tv

“Selepas suatu tempoh yang agak lama, saya memutuskan untuk membaca Zhuan Falun, iaitu sebuah buku utama ajaran Falun Dafa. Kemudian, saya mula melakukan senamannya, dan saya mengalami banyak perubahan positif dalam kesihatan saya.”

Tubuh yang menderita akhirnya diubati

Selepas saya mendapat buku tersebut, saya melihatnya dan mengeluh, kerana saya masih belum yakin bahawa amalan ini dapat membantu saya. Saya meletakkan buku-buku itu dan melupakannya dalam masa yang lama.

Keadaan saya semakin teruk, dan kesakitan menghantui saya siang dan malam. Pada suatu malam, saya bangun dan berjalan untuk menenangkan fikiran dan berhenti di rak buku di mana saya meletakkan buku Falun Dafa. Tiba-tiba, saya tertanya-tanya apa yang tertulis di dalamnya dan saya fikir saya perlu memberikannya peluang. Saya memilih buku yang bertajuk Zhuan Falun dan mula membacanya.

Dengan itu, saya mula mengamalkan amalan Falun Dafa.

Semasa saya melakukan senaman dan membaca buku, tubuh saya mula disucikan. Saya cirit-birit dengan lebih kerap dan rasa sakit semakin teruk. Buku itu telah menyebutnya, jadi saya percaya dan terus bersenam. Ia juga menekankan kepentingan mengikuti prinsip-prinsip Sejati, Baik, dan Sabar. Selepas satu tempoh penderitaan yang singkat, saya mula melihat perubahan positif dalam diri saya.

Semakin saya mempelajari ajaran dan berusaha untuk mengikutinya, semakin banyak perubahan yang saya alami. Dalam masa kira-kira sebulan, kesakitan saya menurun dengan ketara. Lebih menakjubkan apabila saya mula tidur dengan lebih baik, tidak terganggu dengan perjalanan ulang alik ke tandas akibat cirit-birit atau kencing yang berlebihan.

Tidak lama kemudian, kesakitan saya telah hilang sepenuhnya dan saya dapat tidur sepanjang malam dan bangun pagi dengan segar. Selera makan saya juga bertambah baik dan saya dapat makan makanan yang saya tidak dapat makan selama bertahun-tahun.

Kredit: ntd.tv

Setelah tiga bulan berlalu, saya berasa seperti orang yang baru, dan saya benar-benar percaya bahawa Falun Gong telah menyembuhkan saya. Kulit saya bertambah baik, berat badan saya semakin meningkat dan tidak lagi digelar “Miss Skinny,” dan saya dapat menikmati kehidupan sekali lagi.

Orang ramai terkejut melihat perubahan besar yang berlaku dalam diri saya ini. Dari seseorang yang sentiasa bersedih, pucat, dan lemah, saya kembali kepada diri saya yang lama seperti sebelum saya terkena serangan penyakit.

Ada yang menyaksikan “kelahiran semula” ini menyertai saya untuk mengamalkan Falun Dafa. Saya mengajak seberapa ramai orang yang saya boleh, kerana sekarang saya sedar betapa kuatnya amalan ini. Saya memberi mereka buku-buku secara percuma dan membantu mereka mempelajari senaman ini.

Kakak saya, yang juga mengalami masalah kesihatan yang teruk dan menghabiskan lebih banyak masa di hospital berbanding di rumah, turut sama mengamalkan Falun Dafa selepas melihat perubahan dalam diri saya. Dia juga pulih dengan cepat.

Kredit: ntd.tv

Zhuan Falun mengajar kita untuk bersikap baik, meletakkan kepentingan orang lain sebelum kepentingan kita, dan meningkatkan tahap moral kita. Sebagai ahli perniagaan, saya telah melihat baik dan buruk dalam dunia perniagaan. Saya berusaha menerapkan kebenaran, belas kasihan, dan kesabaran di tempat kerja dan telah mencapai hasil yang luar biasa.

Kini, sudah empat tahun lamanya sejak saya mula mengamalkan ajaran Falun Dafa. Saya termenung apabila membayangkan bagaimana kehidupan saya akan berubah tanpanya.

Saya bersyukur dan berharap agar lebih ramai orang dapat menemui keindahan dan rahmat daripada amalan yang indah ini serta menerima manfaat yang tidak terhingga seperti yang saya lalui.

Wanita yang hebat ini, Nguyen Thi Tuoi tinggal bersama keluarganya di Vietnam.

Tidakkah anda berasa terharu dengan kisah yang dipaparkan oleh wanita ini? Ia sepertinya telah mengembalikan sebuah semangat baharu dalam diri kita untuk mengecapi sebuah kehidupan yang indah.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan dengan amalan ini, layari www.falundafa.org. Semua jenis buku, muzik senaman, sumber dan langkah-langkah boleh didapati secara percuma.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds