GLOBAL

Presiden Amerika Syarikat mengucapkan terima kasih kepada Korea Utara berikutan hasrat mereka untuk memusnahkan tapak ujian nuklear menjelang sidang kemuncak pada Jun yang akan datang

Presiden Amerika Syarikat mengucapkan terima kasih kepada Korea Utara berikutan hasrat mereka untuk memusnahkan tapak ujian nuklear menjelang sidang kemuncak pada Jun yang akan datang

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengucapkan terima kasih kepada Korea Utara kerana menyatakan hasratnya pada hari Sabtu yang lalu untuk memusnahkan tapak ujian nuklearnya antara 23 dan 25 Mei, dalam satu acara dramatik yang menemukan Kim Jong Un dengan Trump pada bulan hadapan.

“Korea Utara telah mengumumkan bahawa mereka akan menghapuskan Tapak Ujian Nuklear pada bulan ini, menjelang Sidang Kemuncak pada 12 Jun yang akan datang. Terima kasih, ianya merupakan sebuah isyarat yang sangat bijak dan mesra!” Trump menulis dalam tweet pada Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh media, Kementerian Luar Korea Utara berkata bahawa semua terowong di tanah ujian timur laut negara akan dimusnahkan oleh letupan, dan kemudahan pemerhatian dan penyelidikan dan unit pengawal berasaskan darat juga akan dihapuskan.

Kredit: KCNA

Pada bulan lepas, Kim sudahpun mendedahkan rancangannya untuk menutup tapak ujian itu pada akhir bulan Mei semasa sidang kemuncaknya dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in. Walau bagaimanapun, penganalisis mengatakan bahawa sementara penutupan kawasan itu adalah penting, namun ia tidak mewakili Korea Utara ke arah langkah nyahnuklear sepenuhnya.

Memetik kenyataan Kementerian Luar Negeri Korea Utara, mereka turut merancang untuk menjemput wartawan dari Amerika Syarikat, Korea Selatan, China, Rusia dan Britain untuk menyaksikan sendiri proses pemusnahan itu.

“Upacara untuk memusnahkan tanah ujian nuklear ini dijadualkan antara 23 dan 25 Mei,” bergantung kepada keadaan cuaca, katanya.

Kredit: Donald J. Trump/Twitter

Kementerian itu berkata, Korea Utara akan terus “mempromosikan hubungan rapat dan dialog dengan negara-negara jiran dan masyarakat antarabangsa untuk melindungi keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea dan di seluruh dunia.”

Berikutan sidang kemuncak Moon-Kim, pejabat Moon berkata bahawa Kim bersedia untuk mendedahkan proses itu kepada pakar antarabangsa, namun kenyataan dari pihak Korea Utara tidak menyebut tentang jemputan pakar di kawasan ujikaji tersebut.

Berikutan hal itu, Korea Selatan tidak mempunyai respons segera kepada kenyataan itu.

Pengumuman dari Korea Utara itu dimaklumkan beberapa hari selepas Washington mengumumkan bahawa sidang kemuncak bersejarah antara Kim dan Trump akan diadakan pada 12 Jun di Singapura.

Sumber menyatakan bahawa Kim mempunyai minat yang tulen untuk menangani senjata nuklearnya sebagai balasan untuk faedah ekonomi. Walau bagaimanapun, terdapat keraguan sama ada Kim akan bersetuju untuk melepas sepenuhnya senjata yang mungkin dilihatnya sebagai satu-satunya jaminan untuk menyelamatkan Korea Utara.

Kredit: Digital Globe/Getty Images

Korea Utara selama beberapa dekad telah menolak konsep “nyahnuklear” yang tidak mempunyai persamaan dengan definisi yang dipegang oleh Amerika. Sebelum ini, Korea Utara telah bersumpah untuk meneruskan pembangunan nuklearnya kecuali jika Washington mengeluarkan 28,500 tentera dari Korea Selatan dan payung nuklear yang mempertahankan Korea Selatan dan Jepun.

Kim telah mengisytiharkan tenaga nuklearnya sebagai lengkap pada bulan Disember yang lalu, berikutan ujian nuklear Korea Utara yang paling kuat sehingga kini telah dilangsungkan pada bulan September dan tiga ujian penerbangan ICBM yang direka untuk mencapai tanah besar A.S..

Namun, Korea Utara mengumumkan pada mesyuarat parti pemerintah bulan lalu bahawa ia menggantung semua ujian peranti nuklear dan ICBM, serta rancangan untuk menutup tanah ujian nuklearnya.

Kim berkata semasa pertemuan itu, misi tapak ujian nuklear telah “berakhir” kerana Korea Utara telahpun menyelesaikan proses pembangunan nuklear peluru berpandu jarak pertengahan, ICBM dan sebagainya.

Di samping itu, Korea Utara juga berkata buat kali pertama pada mesyuarat itu bahawa ia telah menjalankan ujian nuklear “subkritikal”. Hal ini merujuk kepada eksperimen yang melibatkan jisim nuklear dari bahan nuklear yang membolehkan para saintis mengkaji prestasi dan keselamatan senjata tanpa mencetuskan rantaian tindak balas dan letupan nuklear.

Kredit: Pool/Getty Images

Sebelum ini, Korea Utara juga pernah menjemput dunia luar untuk menyaksikan pemusnahan kemudahan nuklearnya. Pada bulan Jun 2008, pengamal media antarabangsa dibenarkan untuk menyiarkan kemusnahan menara penyejuk di tapak reaktor Nyongbyon, satu tahun selepas negara itu mencapai persetujuan dengan AS dan empat negara lain untuk melumpuhkan kemudahan nuklearnya sebagai balasan untuk pakej bantuan bernilai kira-kira $400 juta.

Tetapi pada bulan September 2008, Korea Utara mengisytiharkan bahawa ia akan menyambung semula proses pengolahan plutonium, kerana mereka mendakwa bahawa Washington tidak memenuhi janji untuk menghapuskan negara itu daripada senarai penyumbang terorisme yang dikeluarkan oleh A.S..

Berikutan hal itu, pentadbiran George W. Bush telah mengeluarkan Korea Utara dari senarai berkenaan pada bulan Oktober 2008 selepas negara itu bersetuju untuk terus melumpuhkan loji nuklearnya. Walau bagaimanapun, percubaan terakhir oleh Bush untuk menyempurnakan perjanjian bagi menghapuskan sepenuhnya program senjata nuklear Korea Utara gagal pada Disember apabila Korea Utara enggan menerima kaedah pengesahan yang dicadangkan oleh A.S..

Pada bulan Mei 2009, Korea Utara telah menjalankan ujian nuklearnya buat kali yang kedua.

Era Baru

Kategori:GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...