KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memastikan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta pengenalan semula subsidi minyak tidak akan menjejaskan ekonomi Malaysia.

Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai Tun Daim Zainuddin memberi keyakinan untuk memansuhkan GST dan mengembalikan semula subsidi minyak berikutan mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang berkaitan.

Kredit : The Star

Menurut Tun Daim, “Kami perlu melakukan analisis mengenai GST dan subsidi minyak. Selepas GST dimansuhkan, yang paling penting kita akan menghapuskan rasuah dan pembaziran serta menjadi lebih cekap. Kami telah melakukan sebelum ini, selama 57 tahun tiada GST… tiada masalah.”

Tun Daim berkata, “Kami dapat mengendalikannya. Tiada sebab mengapa ekonomi perlu dipertaruhkan dan menjadi lebih teruk, jangan bimbang. Pada dasarnya, pengurus dana yang lebih bimbang tentang GST. Mereka takut hutang akan meningkat. Kami tidak akan menaikkan hutang lagi. Kami tidak bodoh.”

Tun Daim Zainuddin yang mempengerusikan Majlis Penasihat Kerajaan pada hari Sabtu lalu, menjelaskan, “Ini adalah spekulasi yang tidak wajar. Ini adalah tindak balas normal apabila kerajaan yang baru mengambil alih. Bagaimana wujud ketidakpastian apabila ada manifesto dan semuanya pun ada.”

Selain Tun Daim Zainuddin yang merupakan bekas Menteri Kewangan, Majlis Penasihat Kerajaan dianggotai oleh bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Merican, Ahli Ekonomi, Profesor Jomo Kwame Sundaram dan tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kouk.

Kredit : Astro Awani

Tun Daim memberitahu majlis tidak akan mendedahkan bagaimana kerajaan akan mengimbangi pengurangan daripada pemansuhan GST serta pengenalan semula subsidi minyak.

Katanya lagi, apa yang paling penting majlis akan mengambil langkah untuk memulihkan keyakinan pelabur.

Tun Daim menambah, “Pertama adalah GST, kemudian kami akan memanggil pegawai-pegawai di kementerian untuk memberi taklimat kepada kami mengenai projek-projek mega, hutang negara, tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan seperti Tabung Haji, Mara, dan Felda di samping menangani ringgit.”

Mengenai siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tun Daim mendedahkan satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan dengan segera bagi tujuan itu di bawah bidang kuasa Majlis Penasihat Kerajaan.

Kredit : FMT

Majlis Penasihat Kerajaan telah mengenal pasti individu-individu yang akan dapat membantu di dalam siasatan 1MDB serta mendapatkan kembali wang negara yang bernilai berbilion ringgit yang didakwa telah dicuri daripada dana itu. Majlis akan mengemukakan segala laporan yang diperolehi dalam siasatan kepada kerajaan.

Penyelesaian kemelut dan masalah 1MDB merupakan antara salah satu janji dalam 10 janji manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Kerajaan, yang antara lainnya akan membantu kerajaan baharu melaksanakan janji-janji Pakatan Harapan dalam tempoh 100 hari pentadbiran.

Sumber : Bernama / The Edge Markets

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds