Aneh, Pesona, Ria, VIDEO

Patung bayi sebesar janin empat bulan kandungan ini dicipta mirip bayi yang sebenar dan ianya sangat mengagumkan!

Anak patung kecil yang dibuat dari silikon ini adalah suatu ciptaan yang sangat unik. Dengan ukuran yang tidak melebihi 15cm, dan mempunyai bentuk yang sangat nyata, patung ini sememangnya sangat mengagumkan. Setiap karya ini diukir, dicat dan dihasilkan dengan terperinci dan teliti. Tonton video ini untuk melihat bagaimana bayi ini diperlakukan seperti bayi yang sebenar.

Menurut data rasmi Pertubuhan Kesihatan Sedunia, saiznya sama dengan janin pada bulan keempat kehamilan, iaitu dari minggu ke-16 dan ke-17.

Oleh kerana dihasilkan dari silikon, patung bayi ini boleh digerakkan sesuka hati seperti mana seorang bayi yang sememangnya nyata. Ianya kelihatan comel dan dalam masa yang sama sedikit menyeramkan!

Ia dimandikan, dipakaikan lampin pakai buang, disisirkan rambut dan bermacam-macam lagi. Apa pandangan anda? Mahukah menyimpan koleksi bayi ini di rumah?

Era Baru

Kategori:Aneh Pesona Ria VIDEO

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...