KUALA LUMPUR – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, memaklumkan kepada media bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal dibebaskan pada hari Selasa ini, 15 Mei 2018.

Kredit: MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/NST

Nurul Izzah yang merupakan anak sulung Anwar dan Timbalan Perdana Menteri itu mengesahkan perkara itu.

Pada 11 Mei yang lalu, setelah laporan pembebasannya tular, ramai pengamal media tempatan dan luar negara berkumpul di Hospital Pemulihan Cheras, di mana beliau sedang menerima rawatan.

Kredit: ABDULLAH YUSOF/NST

Anwar pada asalnya akan dibebaskan dari penjara pada 8 Jun ini. Namun, beliau telah mendapat pengampunan serta merta daripada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut laporan, beliau akan kembali sepenuhnya dalam politik setelah dibebaskan dan perkara ini disahkan sendiri oleh Perdana Menteri pada sidang media di Yayasan Al-Bukhary pada 11 Mei yang lalu.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds