Jika anda berniat untuk membuang semua perhiasan yang anda beli daripada kedai terpakai, tunggu dulu! Kerana ia mungkin sangat bernilai daripada apa yang anda sangkakan. Baru-baru ini, seorang wanita dari Britain telah menerima perubahan besar di dalam hidupnya setelah menjual cincin berlian – yang dirasakannya adalah tiruan. Pada tahun 1980-an, wanita itu pergi ke bahagian Barat London dan menemukan cincin di kedai terpakai di Hosptial Barat Middlesex, Isleworth.

Com

Kilauan ‘berlian’ itu tidaklah begitu menarik kerana ia tampak kusam tetapi ia berjaya menarik minat wanita berkenaan untuk membelinya. Wanita itu pula beranggapan bahawa cincin itu hanyalah hasil perhiasan yang murah dan dia membelinya dengan harga £10 (RM53). Mungkin pada ketika itu dia berasa cincin itu tidak bernilai sehinggalah 30 tahun kemudian apabila dia bertemu dengan pakar barangan kemas.

Com

Pakar itu segera mendedahkan rahsia cincin berkenaan – ia sangat berharga! Wanita itu sangka bahawa cincinnya hanya sebentuk cincin replika sahaja. “Kami di Sotheby memeriksa ia dan berkata ‘Ini adalah berlian!’ dan ia dibawa ke Institut Gemologikal Amerika Syarikat”, jelas Ketua Sotheby London, Jessica Wyndham.

Tiada siapa yang tahu akan sejarah cincin berharga itu dan bagaimana ia terdapat di pasar lambak. Namun, apa yang pasti adalah berlian itu merupakan 26.27 karat, berbentuk kusyen, bewarna putih dan berasal daripada abad ke-19. Nilainya mencecah £350,000 (RM1.8 juta). Berita menggemparkan itu ternyata mengejutkan wanita berkenaan. Ia merupakan penemuan yang hebat dan tidak disangka-sangka!

Tidak hairanlah wanita itu menganggap cincin itu palsu kerana bentuk berlian tersebut agak kurang menyerlah, kusam dan berbeza dengan gaya moden. Oleh itu, ia sering dianggap palsu kerana gaya potongan yang lama – bentuk kusyen antik membuatkan kilauannya tidak memantul semula. Batuan lampau mempunyai ciri dan kilauan yang sedikit berbeza.

Cincin berlian tersebut yang kini dinamakan Tenner, dijual pada harga £656,750 (RM3.5 juta) – hampir dua kali ganda lebih tinggi daripada anggaran oleh Wyndham!

Tonton video di bawah:

Era Baru

Share
Kategori: Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds