‘Membuli’ tanaman merupakan satu ujikaji secara langsung yang diperkenalkan oleh IKEA bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang Hari Anti-Buli yang diadakan pada 4 Mei di Timur Tengah.

Ujikaji ini melibatkan dua tumbuhan dari IKEA yang diletakkan di sebuah sekolah di mana salah satu daripada tumbuhan berkenaan akan diberikan pujian dan kata-kata galakan manakala satu lagi tumbuhan akan dihamburkan dengan kata-kata berunsur kebencian!

Para pelajar sekolah yang terlibat telah digalakkan untuk menyertai aktiviti ini.

Mereka diminta untuk berkomunikasi dengan tumbuhan-tumbuhan tersebut sama ada secara berdepan ataupun melalui interaksi media sosial.

Selepas tempoh 30 hari, keputusan mendapati tumbuhan A yang diberikan kata-kata pujian masih lagi kekal hidup dan segar-bugar.

Sementara itu, tumbuhan B yang tidak pernah menerima pujian atau dalam erti kata mudah, tumbuhan yang dibuli pula kelihatan hampir mati dengan daun-daun yang mengering.

Anehnya, kedua-dua tanaman ini sentiasa disirami dengan kandungan air yang sama. Malah, tumbuhan ini juga diletakkan di tempat yang sama untuk menerima sinaran cahaya matahari serta diberikan baja.

Dengan hanya satu perbezaan sahaja, iaitu cara para pelajar berkomunikasi dengan tumbuh-tumbuhan tersebut, hasil keputusannya selepas 30 hari benar-benar memberi pengajaran yang bermakna dalam hidup mereka.

Tumbuhan juga mempunyai deria sama seperti manusia. Jika anda lakukan perkara yang sama iaitu membuli rakan-rakan lain, mereka juga akan menjadi seperti tumbuhan ini.

Ayuhlah kita sama-sama mencegah buli sama ada di sekolah atau buli secara siber. Sebarkan kebaikan dan jauhi kegansan. Anda mampu mengubahnya.

Sumber: boredpanda

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds