Walaupun kehamilan yang tidak dirancang boleh menyebabkan beberapa wanita muda untuk meninggalkan impian mereka mendapatkan diploma kolej, seorang wanita dari Florida membuktikan bahawa tidak ada sesuatu yang terlalu mustahil bagi mereka untuk terus mencapai matlamat dan impian mereka. Malah, dengan tekad dan kerja kerasnya, dia bukan sahaja menamatkan kolej tetapi memperoleh ijazah sarjana juga, dan lulus bersama dengan anak perempuannya yang juga berjaya menamatkan pengajian.

Gigi Bolt hanya seorang pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun ketika dia didapati mengandung anak perempuannya, Katherine yang kini berusia 22 tahun. Walaupun cabaran yang dihadapi dengan membesarkan seorang anak dengan sendirinya, Bolt enggan berputus asa dan meneruskan pendidikannya.

Gigi Bolt berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana dalam pentadbiran awam di Universiti Antarabangsa Florida baru-baru ini.

Oleh kerana tiada siapa yang akan menjaga anaknya pada masa-masa, Bolt terpaksa menghadiri kelas ketika pengajian ijazah sarjana mudanya dengan anak perempuannya. Walaupun ia mungkin bukan cara yang ideal untuk belajar di kolej, dia akhirnya menamatkan pengajian pada tahun 2012, membuktikan bahawa tidak mustahil, bagi orang-orang yang bekerja keras untuk mengejar impian mereka.

Secara kebetulan, anak perempuannya, Katherine, juga lulus pengajian ijazah sains politiknya di universiti yang sama.

Bolt tidak mahu berhenti sekadar sebagai pemegang ijazah sarjana muda. Walau bagaimanapun, dia perlu menangguhkan rancangannya sehingga anak perempuannya tamat sekolah menengah.

Dan, akhirnya, setelah mendaftarkan diri untuk pengajian ijazah sarjana di Universiti Antarabangsa Florida pada tahun 2015, Bolt dan anak perempuannya lulus bersama-sama baru-baru ini: Bolt menerima ijazah sarjana dalam pentadbiran awam sementara Katherine menerima ijazah sarjana muda dalam sains politik.

Mereka meminta pihak universiti untuk mereka berbaris bersama semasa majlis graduasi.

Bergraduasi bersama merupakan kenangan yang paling manis dalam hidup mereka. Berkat kerja keras Bolt yang terpaksa bekerja pada waktu pagi dan menghadiri kelas pada waktu petang telah membuahkan hasil. Bolt hampir berputus asa dan berhenti belajar apabila ibunya meninggal dunia. Syukurlah, ikatan yang erat bersama Katherine memberinya semangat untuk mencapai matlamatnya.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds